PENGENALAN
Sistem pembahagian harta pusaka islam terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu:
- Proses Pentadbiran
- Proses Pembahagian mengikut Faraid, atau berdasarkan Persetujuan waris-waris faraid selepas pewasiat meninggal dunia.
Ringkasan proses pentadbiran yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sebelum melaksanakan Faraid adalah seperti di bawah:
- Menyelesaikan Perbelanjaan Pengkebumian
- Menyelesaikan Hutang-hutang Dunia dan Akhirat
- Menyelesaikan Tuntutan Harta Sepencarian
- Melaksanakan Wasiat
- Membahagikan Harta Yang Tinggal Mengikut Faraid
PERINCIAN PROSES PENTADBIRAN
Sistem pembahagian harta pusaka islam adalah amat teratur dan akan jadi sukar hanya jika pelaksana proses pentadbiran pusaka tidak mahir tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan seperti turutan berikut:
- Mengenalpasti aset dan liabiliti si mati samada di Malaysia atau luar negara
- Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
- Memohon Sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
- Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
- Membayar hutang-hutang dunia dan akhirat
- Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
- Mengagihkan harta pusaka mengikut Faraid, atau berdasarkan Persetujuan waris-waris faraid selepas pewasiat meninggal dunia
- Menyediakan semua Penyata Akaun serta dokumen yang berkaitan
JENIS HARTA PUSAKA DAN PROSEDUR PERMOHONAN PEMBAHAGIAN
1. PROSEDUR PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
Harta Pusaka Kecil adalah harta peninggalan simati yang terdiri daripada harta tak alih (tanah/rumah) samada sebahagian atau keseluruhan dengan nilaian di bawah RM2juta.
Pengurusan Harta Pusaka Kecil adalah tertakluk di bawah Akta Harta Pusaka Kecil.
Permohonan hendaklah dibuat di Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) atau Pejabat Tanah dimana terletaknya harta tak alih simati.
Jika simati mempunyai beberapa hakmilik tanah dibeberapa daerah atau negeri, waris boleh memilih untuk mengemukakan permohonan di salah satu daerah atau negeri mengikut kemudahan waris.
Pilihan pertama permohonan dimasukkan di daerah atau negeri yang dibuat tersebut akan mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk boleh menyelesaikan semua harta pusaka simati yang berada di pelbagai daerah atau negeri yang lain.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL:
PERBICARAAN
Petisyen/permohonan yang telah diproses akan melalui perbicaraan.
Waris-waris simati dan pihak berkepentingan akan diberikan Notis Perbicaraan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat perbicaraan.
Pempetisyen/pemohon wajib menghadiri perbicaraan yang telah ditetapkan.
Kehadiran pempetisyen/pemohon dan waris-waris perlu membawa dokumen-dokumen asal pada hari perbicaraan.
PERINTAH PEMBAHAGIAN:
Perintah yang telah diperolehi perlu didaftarkan di Pejabat-pejabat Tanah yang berkenaan (dimana hakmilik hartanah simati didaftarkan).
Manakala bagi harta alih adalah dirujuk kepada institusi berkaitan.
Contoh :
- Hakmilik kenderaan – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Saham ASB – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
- Wang Simpanan – bank berkaitan
2. PROSEDUR PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ‘BESAR’
Harta pusaka besar adalah harta peninggalan simati yang nilaian keseluruhannya melebihi RM 2juta.
Pengurusan Harta Pusaka Besar adalah tertakluk dibawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97].
Permohonan probet hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil dan hendaklah melalui lantikan peguam atau pihak yang berkepentingan seperti Syarikat Amanah.
Permohonan bagi pengurusan harta pusaka besar terdiri daripada 2 peringkat yang diperlu disempurnakan (MANDATORI) iaitu :
- Permohonan mendapatkan Grant of Letter of Administration (Surat Kuasa Mentadbir); dan
- Permohonan untuk membuat Pembahagian.
Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
Setelah Surat Kuasa Mentadbir simati diperolehi, Pentadbir hendaklah mendaftarkan Surat Kuasa Mentadbir tersebut di Pejabat Tanah yang berkenaan supaya semua pendaftaran hak milik simati didaftarkan atas nama Pentadbir.
Pentadbir bertanggungjawab untuk mengumpulkan kesemua maklumat harta-harta simati dan menyelesaikan liabiliti-liabiliti simati termasuklah kos belanja pengebumian dan hutang-piutang simati.
Pentadbir kemudiannya bertanggungjawab memohon perintah pembahagian daripada Mahkamah Tinggi yang sama.
Jika melibatkan simati Islam, Pentadbir hendaklah mendapatkan Sijil Faraid terlebih dahulu dari Mahkamah Tinggi Syariah.
Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara muafakat.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
KLIK WHATSAPP DI BAWAH UNTUK INFO WASIAT EKSPRES PALING RAHMAH YANG SEMUA MESTI ADA!
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com