
DEKLARASI Harta Sepencarian – alternatif rancang harta pusaka pasangan suami isteri.
Mengapa perlu buat Deklarasi / Perjanjian semasa hidup?
Jawapannya kerana isteri bukan automatik dapat Harta Sepencarian. Ia perlu dituntut di Mahkamah Syariah beserta proses pembuktian/ dokumentasi yang rumit.
Bagaimana penyediaan Deklarasi Harta Sepencarian mudahkan proses tuntutan tersebut?
Baca nota ringkas di bawah.
Pasangan boleh sediakan PERISYTIHARAN/ DEKLARASI Harta Sepencarian semasa hidup.
- Deklarasi secara bertulis ini menjelaskan harta yang akan diberikan kepada Penerima Harta Sepencarian berserta kausa-kausa tindakan yang berkaitan (contohnya kematian Pemberi Harta Sepencarian).
- Ia akan menjadi salah satu bahan pembuktian penting dan sumber utama pertimbangan Mahkamah sewaktu permohonan Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah (bilamana berkenaan).
- Deklarasi ini turut menyatakan persetujuan Pemberi dan Penerima bahawa Harta Sepencarian yang diisytiharkan ini BUKANLAH Harta Pusaka selepas kematian Pemberi.
- Ini membolehkan pasangan yang masih hidup mendapat lebih daripada hak faraid.
- Walaubagaimanapun, sebarang pertikaian (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah. Dokumen Deklarasi Harta Sepencarian akan memudahkan mahkamah untuk membuat penilaian.
- Nota – Turutan Pembahagian Harta Pusaka:
i. Perbelanjaan pengkebumian
ii. Penyelesaian hutang (dunia dan dengan Allah)
iii. Tuntutan Harta Sepencarian
iv. Wasiat
v. Faraid - Nota:
Pasangan suami isteri juga boleh mempertimbangkan kaedah pemberian harta semasa hidup melalui Hibah sekiranya layak. - Harta hibah bukanlah harta pusaka, justeru pembahagiannya tidak melalui proses pusaka.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com
