“Mati dalam keadaan berhutang. Pahala kebaikannya menjadi ganti “
Mengapa kita perlu mewasiatkan pesanan Penyelesaian Hutang? Sila lihat perkongsian di bawah untuk memahami kepentingannya.
Seseorang yang mati dalam keadaan hutangnya masih belum dilunaskan dan waris-warisnya tidak melangsaikan melalui harta pusaka si mati, maka pahala kebaikan si mati akan digantikan untuk membayar hutang tersebut. Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن مات وعليه دَينٌ فليسَ ثَمَّ دينارٌ ولا درهمٌ ، ولكنَّها الحسناتُ والسيِّئاتُ
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.” (Riwayat Abu Daud)
Kepentingan Penyelesaian Hutang Sebelum Pembahagian Harta Pusaka
Persoalan yang selalunya dibangkitkan, bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan menyelesaikan hutang si mati jika tiada peruntukan sedemikian di dalam wasiat?
Rancanglah sekarang untuk kemudahan waris anda di kemudian hari. Ada pelbagai pelan penyelesaian hutang di luar sana, contohnya (a) pelan Penggabungan Hutang daripada bank komersial (b) pelan Takaful daripada syarikat takaful dan (c) pelan Amanah dari syarikat amanah.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com