KREDIT: as-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
Wasiat kepada waris boleh tak? Bagaimana dengan kadar pembahagiannya? Adakah boleh dengan kadar sama rata dan tidak mengikut hukum faraid?
Pertanyaan di atas sering ditanyakan dan menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umat Islam.
Untuk memahami jawapannya, kita perlu faham yang wasiat adalah bersifat pesanan kepada wasi mengenai perancangan harta pusaka selepas kematian.
Walaupun pesanan pewasiat adalah contohnya untuk membahagikan harta pusaka dengan kadar sama rata, pelaksanaannya masih lagi tertakluk kepada hukum faraid.
PENJELASAN WASIAT KEPADA WARIS
Selepas seseorang meninggal dunia, kuasa terhadap pusaka si mati jatuh kepada waris faraid beliau.
Waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati itu mempunyai hak untuk menerima bahagian faraid mereka daripada harta pusaka si mati.
Waris faraid juga berhak untuk melepaskan atau menolak bahagian faraid mereka itu melalui konsep Takharuj dan ia dibenarkan.
Mereka juga boleh menentukan kepada siapa akan diserahkan bahagian yang dilepaskan dan ditolak tersebut, contohnya seperti mengikut hasrat atau pesanan si mati di dalam wasiat.
KESIMPULAN WASIAT KEPADA WARIS
Ini bermakna wasiat kepada waris boleh dilaksanakan jika pembahagian seperti pesanan dipersetujui oleh semua waris faraid selepas pewasiat meninggal dunia.
FATWA WASIAT KEPADA WARIS
Merujuk kepada Fatwa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2, 2018 bersidang pada 20 April 2018 memutuskan bahawa:
“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.”
CONTOH:
Pewasiat A berwasiat supaya hartanya di bahagikan kepada semua waris secara sama rata selepas beliau meninggal dunia nanti.
Setelah Pewasiat A meninggal dunia, Wasi (Pentadbir) perlulah mendapatkan persetujuan semua waris sebelum pengagihan harta dilaksanakan sama ada:
1) Waris bersetuju untuk mengikut apa yang dinyatakan di dalam wasiat, ataupun
2) Waris ingin mengikut hukum faraid dan mendapat bahagian merngikut hak faraidnya.
Jika ada waris yang tidak bersetuju, pembahagian pusaka si mati nanti perlu mengikut hukum faraid. Sila lihat juga topik berkaitan di pautan https://wasiatdigital.com/perlu-wasiat-kan-dah-ada-faraid/
Nota WasiatDigital: Fahami kegunaan dokumen Hibah dan Amanah jika situasi di atas berkemungkinan melibatkan pertelingkahan di kalangan waris.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com