RUKUN DAN SYARAT SAH WASIAT

KREDIT DAN PERINCIAN: PERBADANAN BAITULMAL NEGERI SABAH https://baitulmal.sabah.gov.my/wasi/syarat.php & SUMBER-SUMBER LAIN

Rukun dan syarat sah wasiat adalah dijelaskan secara ringkas seperti di bawah.

RUKUN-RUKUN WASIAT:

  1. Pewasiat
  2. Penerima wasiat
  3. Harta yang diwasiatkan
  4. Lafaz/ Ucapan wasiat (sighah)

Dan setiap rukun di atas ada syarat-syarat seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UTAMA SAH WASIAT:

  1. PEWASIAT

Pewasiat hendaklah seorang yang sudah baligh, sempurna akal dan boleh membuat pilihan sendiri untuk berwasiat tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Di samping itu, pewasiat juga hendaklah pemilik sepenuhnya terhadap harta yang akan diwariskan dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Dan adalah penting juga yang pewasiat seorang yang tidak dilarang untuk mentadbir harta contohnya bankrap.

  1. PENERIMA WASIAT (BENEFISIARI)

Penerima Wasiat (benefisiari) pula terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu individu (mua’yin) dan institusi (ghair mua’yin).

Sekiranya penerima wasiat dalam bentuk institusi ianya disyaratkan adalah sebuah institusi mendatangkan faedah dan bukan bertujuan maksiat.

Dan penting bahawa penerima wasiat wujud secara hakiki, diketahui dengan jelas dan layak memiliki dan memberi harta.

Sekiranya wasiat dibuat untuk ahli waris maka pentadbir perlu mendapat persetujuan daripada waris-waris selepas pewasiat meninggal dunia.

  1. HARTA YANG DIWASIAT

Dari sudut harta yang diwasiatkan pula, Islam mensyaratkan harta itu hendaklah harta mutaqawwimin iaitu harta yang boleh dimanfaatkan di sisi syarak.

Selain itu, harta itu juga boleh dijadikan hak pemilikan serta wujud dalam pemilikan pewasiat pada masa wasiat itu dilakukan.

  1. SYARAT-SYARAT LAFAZ

Antara syarat yang diletakkan pada sighah ialah sighah wasiat hendaklah dengan lafaz yang sorih (jelas), kinayah (sindiran) yang disertai niat ataupun isyarat.

Qabul hendaklah dibuat oleh penerima wasiat individu tertentu, jika penerima institusi maka tidak disyaratkan qabul.

Qabul oleh penerima wasiat hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat dan penerimaan atau penolakan yang dibuat pada masa hidup pewasiat tidak diambil kira.

Berdasarkan kepada syarat ini, penerima wasiat boleh menolak wasiat tersebut selepas kematian pewasiat atau sebaliknya.

Ini adalah kerana persetujuan atau penolakan untuk menerima wasiat ini hanya berlaku selepas kematian pewasiat.

Sila lihat juga topik blog kami Hukum Wasiat Secara Lisan di pautan berikut https://wasiatdigital.com/hukum-wasiat-secara-lisan/

Rukun dan syarat sah wasiat seperti dijelaskan di atas adalah penting difahami untuk membantu kita menulis wasiat dengan lebih sempurna.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top