PASTIKAN LEGASI UNTUK CUCU TERSAYANG MELALUI DOKUMEN WASIAT
WASIAT WAJIBAH UNTUK CUCU
Wasiat wajibah untuk cucu merupakan pemberian harta pusaka kepada:
(1) Cucu yang kematian ibu atau bapa sebelum kematian datuk atau nenek, atau
(2) Cucu yang bapa dan ibunya mati secara serentak bersama-sama datuk atau neneknya.
PENGENALAN WASIAT WAJIBAH
Wasiat wajibah untuk cucu kurang diketahui oleh sebahagian besar masyarakat. Ini kerana pada kebiasaannya cucu-cucu yang kematian ibu bapanya sebelum kematian datuk atau neneknya adalah terhalang daripada menerima harta pusaka.
Setakat ini, hanya empat (4) negeri sahaja yang memperuntukkan secara khusus mengenai wasiat wajibah di dalam enakmen masing-masing iaitu;
- Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999
- Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004
- Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005
- Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Kelantan) 2009
FATWA
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 18-24 Oktober 2008 telah memutuskan bahawa melaksanakan wasiat wajibah adalah harus seperti perincian di pautan berikut https://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/laman-hukum/101-hukum-pelaksanaan-wasiat-wajibah
SYARAT-SYARAT BERKAITAN (untuk perincian sila rujuk pautan di atas)
Ringkasan syarat-syarat adalah seperti di bawah:
- Cucu daripada anak lelaki dan perempuan adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.
- Hendaklah kedua ibu bapa cucu meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek, atau ibu atau bapa cucu meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek.
- Cucu bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk.
- Sekiranya cucu berlainan agama dengan ibu atau bapa, atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat wasiat wajibah.
- Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan sekiranya mereka masih hidup, maka cucu tidak lagi berhak.
- Cucu akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka.
- Pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariah dan hutang piutang.
- Pembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu mengikut nisbah yang ditentukan oleh syarak.
DI MANA PERMOHONAN WASIAT WAJIBAH BOLEH DIBUAT?
Permohonan wasiat wajibah adalah melalui Mahkamah Tinggi Syariah Negeri masing-masing.
NOTA DARI wasiatdigital.com
Baca juga penggunaan dokumen wasiat di dalam Perancangan Harta Pusaka di pautan berikut https://wasiatdigital.com/perlu-wasiat-kan-dah-ada-faraid/
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com