
Pemilik perniagaan kebiasaannya amat fokus pada aktiviti menambahkan aset dan menjana pendapatan.
Dan kerap kali terlupa memperuntukkan masa melindungi aset yang sudah ada.
Bagaimana instrumen AMANAH lindungi diri daripada pemiutang, tuntutan mahkamah dan risiko ketidaktentuan lain?
- Berikut adalah bagaimana Amanah berfungsi untuk melindungi aset:
➡Pemisahan antara takrifan Pemilikan Sah (Legal Ownership) dengan Pemilik Benefisiari (Beneficial Ownership)
➡Apabila anda meletakkan aset ke dalam amanah, anda memindahkan pemilikan sah aset tersebut kepada pemegang amanah (trustee).
➡Walau bagaimanapun, anda (atau benefisiari pilihan anda) mengekalkan pemilikan benefisiari, yang bermaksud anda (atau benefisiari pilihan anda) masih mempunyai hak untuk mendapat manfaat daripada aset tersebut mengikut terma perjanjian amanah.
➡Oleh kerana anda tidak lagi memiliki aset tersebut, aset tersebut secara amnya tidak dianggap sebagai sebahagian daripada harta peribadi anda dan oleh itu lebih sukar untuk diakses oleh pemiutang.
➡Ketidakbolehbatalan: Kebanyakan amanah perlindungan aset adalah tidak boleh batal (irrevocable), yang bermaksud bahawa setelah amanah ditubuhkan dan aset dipindahkan, anda secara amnya tidak boleh mengubah atau menamatkan amanah tersebut.
➡Ciri di atas merupakan faktor utama dalam melindungi aset, kerana ia mengukuhkan bahawa aset tersebut bukan lagi milik anda.
- Anda perlu mempertimbangkan aset mana yang sesuai untuk tujuan ini samada Tunai, Hartanah, Insurans, Takaful dan sebagainya.
- Pertimbangan Penting –
Pemindahan Fraudulen (Fraudulent Transfer):
➡Adalah penting untuk menubuhkan dan mendanai amanah sebelum timbulnya kemungkinan masalah undang-undang atau kewangan. Memindahkan aset ke amanah setelah tuntutan dibuat terhadap anda mungkin dianggap sebagai pemindahan fraudulen dan dapat dibatalkan oleh mahkamah.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com
