
Seseorang yang dilantik oleh waris si mati untuk mentadbir harta pusaka hanya layak secara rasmi dari segi perundangan sebagai pentadbir setelah mendapat Surat Kuasa Mentadbir dari pihak berkenaan.
Sekiranya si mati meninggal dunia tanpa wasiat (intestate), waris perlu melalui beberapa langkah penting sebelum boleh melantik pentadbir pusaka secara sah.
Berikut ialah proses umum di Malaysia sebagai panduan ringkas:
- Kenal pasti jenis dan anggaran nilai harta pusaka
Termasuk hartanah, wang tunai, akaun simpanan, KWSP, kenderaan, saham, insurans dan lain-lain. - Tentukan sama ada pusaka bernilai RM2 juta ke bawah (diurus oleh Pejabat Pusaka Kecil) atau lebih daripada RM2 juta (diurus oleh Mahkamah Tinggi).
- Kenal pasti dan sahkan waris yang layak. Kenal pasti waris faraid (jika Islam) atau waris terdekat (jika bukan Islam).
- Dapatkan sijil kematian si mati dan dokumen pengenalan waris.
- Dapatkan surat sumpah atau pengesahan waris jika perlu (untuk permohonan tertentu seperti KWSP, Tabung Haji dll).
- Bincang dan capai persetujuan siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir pusaka. Semua waris yang berhak perlu bermuafakat memilih seorang atau beberapa pentadbir (biasanya dalam kalangan waris sendiri).
- Persetujuan ini perlu bertulis dan disahkan secara formal, biasanya dalam bentuk Surat Akuan Persetujuan Melantik Pentadbir.
- Pentadbir pusaka perlulah kompeten dan lebih baik sekiranya mempunyai keupayaan (fizikal, mental dan kewangan) dan faham mengenai turutan urusan pusaka yang betul mengikut undang-undang faraid (untuk orang islam).
- Sediakan dokumen lengkap untuk permohonan. Antaranya:
- Borang permohonan (contoh: Borang A untuk Pejabat Pusaka Kecil)
- Salinan kad pengenalan dan sijil kematian
- Senarai harta dan dokumen sokongan (geran tanah, penyata bank, sijil saham, dll.)
- Senarai waris dan hubungan mereka
- Surat persetujuan melantik pentadbir
- Jika pusaka melibatkan tanah, sertakan carian rasmi geran
10. Hantar permohonan kepada pihak berkuasa berkaitan samada:
- Pejabat Pusaka Kecil (jika nilai ≤ RM2 juta dan ada harta tak alih)
- Amanah Raya Berhad (jika waris setuju/ tiada pertikaian dan hanya harta alih
- Mahkamah Tinggi (jika pusaka kompleks atau melebihi RM2 juta)
11. Hadiri perbicaraan atau sesi bicara pusaka. Semua waris perlu hadir untuk sahkan maklumat dan persetujuan pelantikan pentadbir. Jika tiada bantahan, pentadbir akan dilantik dan diberikan Surat Kuasa Mentadbir.
12. Proses awal ini pun sering terhenti/ bermasalah/ ambil masa yang lama kerana:
- Waris tidak tahu langkah yang perlu diambil
- Tiada persetujuan sesama waris
- Dokumen tidak lengkap
- Tiada individu bersedia menguruskan permohonan
Maka penting untuk membuat perancangan harta semasa hidup seperti Wasiat, Hibah atau Amanah agar waris tidak terbeban dengan proses yang sukar selepas kita tiada nanti.
Rujukan maklumat lain https://www.facebook.com/share/p/1CoJis9kmj/
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com