KREDIT: EN AHMAD SAHRUL MOHAMAD (PENGARAH DAN KETUA PEGAWAI OPERASI, RAKYAT TRUSTEE BERHAD)
PENGENALAN
Deklarasi Harta Sepencarian adalah satu instrumen yang penting dalam memastikan bahawa pengagihan Harta Sepencarian tidak melalui jalan yang sukar.
Ia merupakan satu dokumen perjanjian bersama antara suami isteri untuk menyatakan pembahagian tertentu yang dipersetujui bersama dalam memberikan hak kepada mereka terhadap sesuatu harta.
Memandangkan pengagihan harta sepencarian mendahului pembahagian harta pusaka, Deklarasi Harta Sepencarian menjadi instrumen untuk memastikan bahawa pasangan memperoleh harta tertentu dalam bahagian yang tertentu.
KELEBIHAN DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN:
1️⃣ Dengan menandatangani Deklarasi Harta Sepencarian, masalah yang mungkin timbul akibat tuntutan Harta Sepencarian dapat diatasi
2️⃣ Harta sepencarian tidak termasuk dalam pembahagian mengikut Faraid
3️⃣ Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing
4️⃣ Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan
5️⃣ Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah
6️⃣ Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak
7️⃣ Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi.
Sekiranya seorang suami ingin memberi isterinya lebih daripada apa yang sepatutnya melalui faraid, atau ingin memastikan bahawa rumah yang mereka duduki akan diwarisi isterinya, maka Deklarasi Harta Sepencarian merupakan penyelesaian terbaik.
Atas dasar saling mengasihi dan mempercayai, suami dan isteri melaksanakan Deklarasi Harta Sepencarian sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kepada pasangan hidup mereka.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & WASIAT.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com