Deklarasi Harta Sepencarian – alternatif perancangan harta pusaka yang tak ramai tahu

DEKLARASI Harta Sepencarian – alternatif rancang harta pusaka pasangan suami isteri.

Mengapa perlu buat Deklarasi / Perjanjian semasa hidup?

Jawapannya kerana isteri bukan automatik dapat Harta Sepencarian. Ia perlu dituntut di Mahkamah Syariah beserta proses pembuktian/ dokumentasi yang rumit.

Bagaimana penyediaan Deklarasi Harta Sepencarian mudahkan proses tuntutan tersebut?

Baca nota ringkas di bawah.

Pasangan boleh sediakan PERISYTIHARAN/ DEKLARASI Harta Sepencarian semasa hidup.

  1. Deklarasi secara bertulis ini menjelaskan harta yang akan diberikan kepada Penerima Harta Sepencarian berserta kausa-kausa tindakan yang berkaitan (contohnya kematian Pemberi Harta Sepencarian).
  2. Ia akan menjadi salah satu bahan pembuktian penting dan sumber utama pertimbangan Mahkamah sewaktu permohonan Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah (bilamana berkenaan).
  3. Deklarasi ini turut menyatakan persetujuan Pemberi dan Penerima bahawa Harta Sepencarian yang diisytiharkan ini BUKANLAH Harta Pusaka selepas kematian Pemberi.
  4. Ini membolehkan pasangan yang masih hidup mendapat lebih daripada hak faraid.
  5. Walaubagaimanapun, sebarang pertikaian (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah. Dokumen Deklarasi Harta Sepencarian akan memudahkan mahkamah untuk membuat penilaian.
  6. Nota – Turutan Pembahagian Harta Pusaka:
    i. Perbelanjaan pengkebumian
    ii. Penyelesaian hutang (dunia dan dengan Allah)
    iii. Tuntutan Harta Sepencarian
    iv. Wasiat
    v. Faraid
  7. Nota:
    Pasangan suami isteri juga boleh mempertimbangkan kaedah pemberian harta semasa hidup melalui Hibah sekiranya layak.
  8. Harta hibah bukanlah harta pusaka, justeru pembahagiannya tidak melalui proses pusaka.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top