DEFINISI: Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.

ISU HARTA SEPENCARIAN: Sering berlaku keadaan di mana waris-waris lain si mati tidak bersetuju dengan tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri.
Untuk mengelakkan masalah pertikaian keluarga yang yang tidak diingini berlaku selepas kematian, pasangan suami isteri boleh menyediakan dokumen yang dinamakan Deklarasi Harta Sepencarian, iaitu satu instrumen pembahagian Harta Sepencarian.
Contohnya, untuk menambahkan hak faraid isteri, anda boleh menyediakan DEKLARASI Harta Sepencarian Semasa Hidup.
- Deklarasi secara bertulis ini menjelaskan harta yang akan diberikan kepada Penerima Harta Sepencarian berserta kausa-kausa tindakan yang berkaitan (contohnya kematian Pemberi Harta Sepencarian).
- Ia akan menjadi salah satu bahan pembuktian penting dan sumber utama pertimbangan Mahkamah sewaktu permohonan Tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah (bilamana berkenaan).
- Deklarasi ini turut menyatakan persetujuan Pemberi dan Penerima bahawa Harta Sepencarian yang diisytiharkan ini BUKANLAH Harta Pusaka selepas kematian Pemberi.
- Ini membolehkan pasangan yang masih hidup mendapat lebih daripada hak faraid.
- Walaubagaimanapun, sebarang pertikaian (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah. Dokumen Deklarasi Harta Sepencarian akan memudahkan mahkamah untuk membuat penilaian.
- Nota – Turutan Pembahagian Harta Pusaka:
i. Perbelanjaan pengkebumian
ii. Penyelesaian hutang (dunia dan dengan Allah)
iii. Tuntutan Harta Sepencarian
iv. Wasiat
v. Faraid - Kelebihan Deklarasi Harta Sepencarian: Pembahagian mengikut persetujuan bersama yang dibuat oleh pasangan semasa hidup.Proses pembahagian lebih cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah. Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak. Elakkan pertelingkahan dan pertikaian kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com
