PENGENALAN
Solusi Hibah dan Amanah Ekspres memberikan waris dan benefisiari lainnya akses sumber kewangan segera walaupun harta pusaka simati yang lain masih beku.
Bukan itu sahaja, anda boleh menyediakan Dana Hibah dalam jumlah beratus kali ganda dari jumlah gaji tahunan dengan sumbangan berkala yang mampu milik.
Gandingan Dana Amanah pula membolehkan kos penyelesaian harta pusaka tidak perlu dibayar oleh penerima harta pusaka. Baca https://wasiatdigital.com/tabung-amanah-untuk-wasiat-hutang/
Pengenalan konsep Pengamanahan Dalam Perancangan Dan Pengurusan Harta Orang Islam boleh dibaca di pautan https://journalarticle.ukm.my/15580/1/36938-116489-1-SM.pdf
RINGKASAN FAEDAH
Solusi Hibah dan Amanah Ekspres juga mempunyai banyak kelebihan yang melengkapi bukan sahaja pelan perancangan pusaka (estate planning) tetapi juga produk pengurusan kekayaan (wealth management product):
- TIADA PENYELEWENGAN. Dana Amanah adalah tidak beku dan akan ditadbir oleh Syarikat Amanah sepertimana Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) untuk tujuan pembayaran kos penyelesaian harta pusaka.
- SEMUA ORANG LAYAK. Dana Amanah boleh disertai sehingga umur 79 tahun dan walaupun ada masalah kesihatan sedia-ada
- ALTERNATIF ATAU TAMBAHAN KEPADA HIBAH HARTANAH. Dana Hibah tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi seperti Hibah Hartanah, contohnya tidak perlu membayar wang downpayment, fi perjanjian jual beli, fi perjanjian pinjaman bank dan kos insurans MRTA/ MRTT. Lihat penjelasan lanjut di pautan https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-dan-hibah-takaful/
- PEMBERIAN TAMBAHAN KEPADA WARIS DAN BUKAN WARIS. Produk Hibah dan Amanah Ekspres bukan jatuh dalam kategori harta pusaka. Ini bermakna pemberi boleh menentukan kadar pembahagian sepertimana jumlah yang sesuai dengan objektif pemberian.
MENGAPA PERLU HIBAH DAN AMANAH EKSPRES
Kebanyakan solusi perancangan harta pusaka lainnya memerlukan kita melalui proses persediaan dan pertimbangan yang mendalam sebelum pelan yang sesuai boleh dirangka dan selari dengan matlamat.
Hibah dan Amanah Ekspres sebaliknya direka supaya boleh disediakan dengan kadar segera. Ini adalah kerana solusi berkenaan dibangunkan untuk tujuan khusus iaitu supaya waris dan benefisiari lainnya memperolehi sumber kewangan tersedia untuk pembayaran kos penyelesaian harta pusaka dan perbelanjaan lainnya dengan kadar yang jauh lebih cepat.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
KLIK WHATSAPP DI BAWAH UNTUK INFO WASIAT EKSPRES PALING RAHMAH YANG SEMUA MESTI ADA!
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com