1. Sebagai pemilik perniagaan, anda telah membina sesuatu yang tidak ternilai. Kini, tiba masanya untuk memastikan ia dilindungi untuk tersayang.

2. Penyelesaian Perancangan Harta Pusaka komprehensif kami direka untuk melindungi perniagaan anda, mengurangkan kos-kos pentadbiran dan memastikan peralihan yang lancar untuk keluarga dan rakan kongsi perniagaan.
3. Apakah Hibah PERNIAGAAN?
– Kelangsungan perniagaan bukan hanya terletak kepada jumlah keuntungan syarikat tetapi juga kepada kesinambungan operasi perniagaan.
– Masalah kesinambungan ini sering timbul apabila pemilik perniagaan tersebut meninggal dunia.
– Ini kerana apabila pemilik meninggal dunia, pegangan saham di dalam syarikat (contohnya syarikat sdn bhd) serta aset perniagaan (contohnya perniagaan milikan tunggal) akan terbeku sehinggalah proses pindah milik boleh dilakukan kepada waris yang berhak.
– Proses tersebut akan memakan masa kerana perlu melalui proses undang-undang dan sepanjang tempoh tersebut, operasi perniagaan boleh menjadi terganggu.
– Melalui Hibah Perniagaan, pemilik perniagaan dapat memastikan kelangsungan dan kesinambungan perniagaannya, dimana hak pemilikannya dalam perniagaan tersebut dapat diberikan kepada waris atau benefisiari yang dikehendaki dengan kadar segera.
– Hibah Perniagaan merupakan satu dokumen pengisytiharan pemberian perniagaan daripada Pemberi Hibah kepada Penerima Hibah semasa hidup.
– Melalui perisytiharan hibah tersebut, pindahmilik perniagaan boleh dilakukan segera tanpa perlu melalui proses urusan pusaka.
– Kelebihan ini akan membolehkan perniagaan dan syarikat dapat terus beroperasi serta merta walaupun pemilik perniagaan telah meninggal dunia.
– Pemilik perniagaan tersebut boleh menetapkan bahagian yang ingin diberikan dan siapa penerimanya.
– Ini secara tidak langsung memastikan bahawa pelapis pengurusan perniagaannya adalah orang yang layak dan berkemampuan untuk menerajui perniagaan kelak.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com
