PENGENALAN
Keperluan Wasiat dan Hibah untuk mualaf adalah penting untuk kita sama-sama beri perhatian serius.
Ini adalah kerana seorang Mualaf dan warisnya yang bukan beragama Islam adalah tidak saling mewarisi.
Sila rujuk hadis Rasulullah SAW daripada Usamah bin Zayd RA yang bermaksud:
“Orang Islam tidak mewarisi harta pusaka orang yang bukan Islam, dan orang yang bukan Islam juga tidak mewarisi harta pusaka orang Islam” (Riwayat Muslim)
Tanpa perancangan harta pusaka, keluarga islam dan bukan islam seseorang Mualaf berkemungkinan besar akan menghadapi kesulitan di kemudian hari.
Nota: Dalam perbincangan ini, istilah mualaf digunakan untuk seseorang bukan islam yang memeluk agama islam, tidak kira samada baru atau lama
KEPERLUAN WASIAT DAN HIBAH UNTUK MUALAF
Instrumen perancangan harta pusaka untuk mualaf adalah serupa (similar) seperti orang islam yang lainnya seperti:
- INSTRUMEN WASIAT – Melalui Instrumen Wasiat, tidak melebihi 1/3 bahagian boleh diberikan kepada waris bukan Islam, bukan waris faraid dan/ atau sedekah jariah. Manakala 2/3 bahagian hendaklah diagihkan kepada waris Islam mengikut hukum Faraid.
- INSTRUMEN HIBAH – Namun melalui instrumen Hibah, pemberian kepada orang yang berkepentingan boleh diberikan secara maksimum dan tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Sila lihat https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-kan-dah-ada-wasiat/
GAMBAR HIASAN: SEMOGA PENGAKHIRAN KITA ADALAH HUSNUL KHATIMAH
PENUTUP
Dengan adanya dokumen perancangan harta pusaka komprehensif seperti Wasiat dan Hibah, kebajikan Waris Faraid dan Waris Bukan Islam seorang Mualaf diharapkan akan lebih terjamin.
SIla rujuk penerangan terperinci berkenaan topik ini di pautan berikut https://as-salihin.com/pembahagian-harta-pusaka-mualaf/
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com