Kos pengurusan harta pusaka (selepas kita meninggal dunia) tidak percuma. Sebelum harta pusaka dapat diagihkan kepada waris-waris faraid, pentadbir pusaka perlu menguruskan prosedur tuntutan pusaka sehingga selesai. Dan ini melibatkan kos-kos tertentu. Baca juga http://Hukum menggunakan wang si mati untuk proses pengurusan

Kos yang terlibat bergantung kepada jenis harta pusaka, nilainya, kompleksiti urusan dan di mana ia diuruskan; samada di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi.
Wasi/ Pentadbir Pusaka boleh dilantik dari kalangan waris-waris atau individu lain atau institusi tertentu contohnya syarikat amanah. Siapapun yang dilantik perlu bukan sahaja kompeten (prosedur teknikal dan hukum faraid) tetapi juga mempunyai masa (seboleh-bolehnya tanpa perlu kerap mengambil cuti) dan mempunyai akses kepada peruntukan kewangan yang diperlukan untuk kos-kos tertentu.
Kos pengurusan harta pusaka tidak termasuk sebagai hutang si mati, tetapi secara praktisnya boleh diambil dari harta pusaka. Ini adalah kerana pengagihan harta pusaka adalah satu kewajipan, dan ia tidak dapat terlaksana tanpa melalui prosedur pengurusan pusaka. http://Jawapan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Namun begitu tarhadap cabaran dari sudut pelaksanaan kerana perlu mendapatkan persetujuan semua waris-waris dan kerana akaun bank si mati tidak boleh dikeluarkan selagi proses urusan pusaka belum selesai.
Kos-kos yang terlibat adalah untuk membolehkan harta pusaka diagihkan sebaiknya dan mengikut lunas undang-undang, contohnya:
- Kos perkhidmatan pentadbir untuk mendapatkan Probet atau Surat Kuasa Mentadbir
- Kos pentadbir untuk mendapatkan pengecualian Bon Pentadbiran
- Kos Sijil Faraid dari mahkamah syariah (bagi kes pentadbiran pusaka di mahkamah tinggi atau kes-kes tertentu yang memerlukannya)
- Kos amanah raya, pejabat pusaka kecil atau mahkamah tinggi
- Kos peguam (jika kes perlu dibawa ke mahkamah tinggi)
- Kos kepada pihak kerajaan contohnya cukai dan fi tertentu untuk hartanah (turun milik kepada waris)
Kesimpulannya adalah lebih praktikal untuk kita melantik Wasi/ Pentadbir Pusaka profesional walaupun ada antara tugas-tugas tersebut boleh diamanahkan kepada waris-waris yang pastinya mempunyai kekangan pengalaman, masa dan pengetahuan teknikal dan hukum faraid yang boleh membataskan kecekapan pengurusan.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com