PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT

PENGENALAN

Macamana nak uruskan pembahagian harta pusaka seseorang yang meninggal dunia tanpa wasiat?

Sejurus selepas seseorang meninggal dunia, semua harta pusaka akan dibekukan dan tidak boleh diambil atau dituntut oleh sesiapa pun. Harta pusaka tersebut hanya boleh diagihkan apabila kes pembahagian telah diselesaikan

Kurangnya pengetahuan mengenai proses-proses terlibat adalah antara penyebab kenaikan nilai harta pusaka beku di Malaysia yang semakin bertambah saban tahun sehingga lebih RM90 bilion pada tahun 2023. Lihat pautan berikut https://www.utusan.com.my/gaya/2023/09/rm90-bilion-harta-faraid-tak-dituntut/

BERSEDIAKAH DIA JIKA ANDA TIADA ?

APA YANG BERLAKU PADA HARTA SESEORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Setelah seseorang meninggal dunia, harta milik mereka akan dibekukan. Proses pembahagian harta pusaka tanpa wasiat akan mengambil masa yang panjang, dan boleh menjadi sangat rumit jika tidak dilaksanakan dengan betul.

APA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH WARIS-WARIS SIMATI

Ada dua kategori harta pusaka yang dibezakan dari segi pengurusan iaitu Harta pusaka tanpa wasiat yang (1) melebihi RM2 juta dan (2) kurang atau sama RM2 juta.

HARTA PUSAKA TANPA WASIAT LEBIH RM2 JUTA

Di bawah adalah senarai ringkas proses yang perlu dilakukan oleh waris sah si mati

  1. Dapatkan persetujuan semua waris untuk melantik pentadbir harta pusaka.
    • Permohonan perlantikan Pentadbir adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
    • Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menetapkan bahawa pentadbir perlu menyediakan dua orang penjamin bagi membolehkan beliau mentadbir harta pusaka si mati, kecuali di dalam keadaan tertentu.
    • Jaminan yang perlu diberi oleh setiap penjamin adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati.
    • Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Pentadbir dalam kategori Syarikat Amanah, di mana ia boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.
  2. Selepas itu, pentadbir akan membuat permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil untuk mengesahkan dan memberi kuasa kepada pentadbir untuk bertindak sebagai Pentadbir harta pusaka.
  3. Kemudan pentadbir akan membuat permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah.
  4. Pentadbir akan menguruskan proses pencairan harta si mati
    • Kenalpasti aset dan liabiliti si mati. Aset mungkin termasuk harta tanah, wang, pelaburan, dan apa-apa harta lain yang dimiliki oleh si mati. Liabiliti merangkumi hutang, pinjaman, dan kos pengebumian yang perlu diselesaikan dari harta pusaka.
    • Setelah aset dan liabiliti dikenalpasti, satu penyata akaun perlu disediakan.
    • Proses pertama yang perlu diutamakan adalah penyelesaian hutang dunia dan akhirat seperti perbelanjaan pengebumian, bayaran hutang tertunggak termasuk zakat, haji yang tidak lengkap, dan Nazar (janji kepada Allah untuk berbuat sesuatu jika hajat tercapai)
  5. Pembahagian dan pindahmilik harta pusaka kepada ahli waris
    • Proses ini akan melibatkan beberapa pihak seperti Pentadbir Harta, Peguam Hartanah dan Pejabat Tanah.
  6. Proses pentadbiran harta pusaka selesai
    • Proses selesai setelah nama pemilik di atas geran sudah bertukar daripada pemilik yang sudah meninggal ke nama pemilik baru.
    • Setelah peringkat ini dicapai barulah waris berhak untuk melakukan apa-apa transaksi yang berkaitan.

HARTA PUSAKA TANPA WASIAT KURANG ATAU SAMA RM2 JUTA

Harta peninggalan si mati bernilai RM2 Juta ke bawah dikategorikan sebagai Harta Pusaka kecil samada:

  • Tanah
  • Tanah dan/ atau rumah
  • Tanah, rumah dan harta alih.

Bagi pentadbiran harta pusaka kecil, pentadbir akan membantu waris untuk permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)

PROSES PENTADBIRAN HARTA PUSAKA KECIL
  • Berlaku kematian.
  • Harta milik si mati dibekukan
  • Penyediaan dokumen dan borang permohonan surat kuasa mentadbir dan pembahagian:
    • Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat secara atas talian (online) di www.jkptg.gov.my
    • Borang A yang telah diisi secara atas talian hendaklah dicetak dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah/Majistret dan dihantar bersama dokumen sokongan ke Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan
  • Apakah yang berlaku selepas Borang A dihantar kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil?
    • Pihak pejabat akan membuka fail permohonan dan seterusnya mendapatkan pengesahan dari Mahkamah Tinggi Sivil tentang sama ada terdapat apa-apa permohonan probet bagi si mati.
    • Selepas itu, pejabat mendapatkan pengesahan tentang keseluruhan nilaian harta pusaka si mati, dan jika ia di bawah RM2 juta, Notis Perbicaraan akan diberi kepada pemohon dan setiap waris.
    • Jika didapati harta itu bukan harta pusaka kecil, Pentadbir Tanah perlu memindahkan permohonan itu ke Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, prosiding boleh diteruskan sekiranya Mahkamah Tinggi mengarahkan supaya harta pusaka itu terus dibicarakan seperti harta pusaka kecil.
  • Perbicaraan di Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Sila baca https://www.jkptg.gov.my/images/pdf/pusaka_kecil/PANDUAN_MENGHADIRI_PERBICARAAN.pdf
    • Permohonan yang telah lengkap diproses akan dipanggil bicara melalui Notis Bicara. Tujuan perbicaraan adalah untuk menentukan waris-waris-waris yang berhak, memastikan harta yang dituntut adalah kepunyaan si mati dan menentukan cara pembahagian harta pusaka si mati.
    • Perintah Pembahagian dan Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan bagi kes yang selesai.
    • Dokumen-dokumen asal yang perlu dibawa adalah seperti Sijil Kematian Simati atau Waris-waris yang telah mati, Kad Pengenalan dan Surat Beranak semua waris, Sijil Perkahwinan Simati, Hakmilik/ Geran Tanah atau Surat Perjanjian Jual Beli, Sijil Pendaftaran Kenderaan, dan lain-lain yang berkenaan
    • Semua waris-waris yang berhak perlu hadir pada tarikh perbicaraan. Waris yang tidak dapat hadir perlu mengemukakan Borang Persetujuan yang boleh diperolehi di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka atau dari mana web.
  • Pengeluaran perintah pembahagian. Sila rujuk https://www.jkptg.gov.my/images/pdf/pusaka_kecil/PANDUAN_MENGURUSKAN_PERINTAH_PEMBAHAGIAN.pdf
  • Proses Pencairan dan Pembahagian.
  • Pentadbiran Harta Pusaka Selesai.

KESIMPULAN

Baca pautan berikut untuk memahami mengapa penyediaan wasiat boleh memudahkan dan mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka https://wasiatdigital.com/wasiat-mudahkan-pentadbiran-pusaka/

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top