PENGENALAN
Pemberian harta pusaka melalui wasiat mempunyai perbezaan besar berbanding pemberian melalui hibah.
Ini adalah kerana pemberian melalui wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat iaitu berkaitan dengan harta pusaka dan ini tertakluk kepada hukum faraid.
Manakala pemberian melalui hibah pula berkuatkuasa sewaktu pemberi hibah masih hidup, dan harta hibah tidak dikategorikan sebagai harta pusaka.
KAITAN PEMBERIAN DI DALAM WASIAT DENGAN HUKUM FARAID
Pemberian harta pusaka melalui wasiat perlu mematuhi hukum faraid.
Pembahagian secara faraid itu ialah selepas diselesaikan pemberian di dalam wasiat si mati serta sesudah dibayarkan hutang si mati. Dengan kata lain, pemberian di dalam wasiat perlu didahulukan sebelum pengagihan baki harta mengikut faraid.
Sekiranya harta pusaka telah diberikan melalui wasiat tanpa meninggalkan sebarang baki harta, maka waris- waris tidak akan mendapat hak faraid mereka daripada harta pusaka tersebut.
JENIS PEMBERIAN DI DALAM WASIAT
Pemberian di dalam wasiat boleh diberikan kepada waris dan bukan waris.
1. PEMBERIAN KEPADA WARIS
Pemberian kepada waris adalah dibenarkan oleh Hukum Syarak dengan syarat perlu mendapatkan persetujuan semua waris-waris faraid selepas kematian pewasiat tersebut.
Ini berlandaskan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:-
لا وصية لوارث إلا أن يأذن الورثة
Bermaksud: “tidak harus wasiat kepada waris kecuali, diizinkan oleh waris yang lain”
(Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a)
2. PEMBERIAN KEPADA BUKAN WARIS
Pemberian tidak melebihi 1/3 harta yang dinyatakan di dalam wasiat kepada bukan waris seperti anak angkat, ahli keluarga yang berlainan agama atau untuk tujuan sedekah dan amal jariah adalah mutlak.
Pemberian sebegini tidak memerlukan sebarang persetujuan daripada waris-waris pewasiat.
Perkara ini berlandaskan hadis Rasulullah S.A.W. yang mana sahabat Baginda S.A.W. iaitu Saad Bin Abi Waqash bertanya sama ada beliau boleh sedekahkan hartanya sebanyak dua pertiga ataupun setengah daripada hartanya. Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Jangan, sepertiga sahaja. Sepertiga itu banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta kepada orang lain.”
(Riwayat Muslim)
Peraturan 1/3 adalah khas untuk pemberian di dalam wasiat kepada golongan bukan waris yang mana pemberian ini tidak boleh ditentang oleh waris-waris lain, melainkan ia melebihi dari 1/3.
Sekiranya ia melebihi 1/3, untuk melaksanakan wasiat tersebut, wasi/pentadbir pusaka perlu mendapatkan persetujuan waris-waris faraid si pewasiat pada bahagian yang melebihi 1/3 tersebut.
Selain daripada pemberian kepada individu, pewasiat juga boleh membuat wakaf dan sedekah di dalam wasiatnya.
PEMBERIAN WAKAF DAN SEDEKAH DI DALAM WASIAT
Walaupun pemberian harta pusaka melalui wasiat dibenarkan kepada waris dan bukan waris, adalah penting untuk pewasiat memahami keperluan pematuhan kepada Hukum Faraid.
Selain daripada pemberian kepada individu, pewasiat juga boleh membuat wakaf dan sedekah di dalam wasiatnya. Akan tetapi sekiranya wasiat dibatalkan, hendaklah wakaf tetap diteruskan dan dianggap sebagai hutang manakala sedekah pula akan terbatal sekiranya wasiat tersebut dibatalkan.
Baca:https://dewan.selangor.gov.my/enakmen/wakaf-secara-wasiat/
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
KLIK WHATSAPP DI BAWAH UNTUK INFO WASIAT EKSPRES PALING RAHMAH YANG SEMUA MESTI ADA!
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com