PENGENALAN
Perlu Cepat Laksana Wasiat Simati?
Tapi bukankah lebih berhemah untuk memberi ruang kepada ahli keluarga bertenang dahulu selama mungkin sebelum menguruskan harta pusaka simati?
Jawapan ringkasnya, tidak. Lebih banyak perkara buruk yang boleh berlaku jika proses pentadbiran dilewatkan.
Sila lihat pencerahan di bawah mengapa permohonan pentadbiran pusaka perlu disegerakan:
RAKYAT TRUSTEE BERHAD: LIMA SEBAB MENGAPA HARTA PUSAKA PERLU DIURUS SECEPAT MUNGKIN
PERLANTIKAN WASI YANG SESUAI CEPATKAN PROSES PENTADBIRAN
Perlu Cepat Laksana Wasiat Simati. Ini adalah antara sebab mengapa lebih baik melantik pihak luar sebagai Wasi (Pentadbir) untuk mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka.
Mereka tidak ada kaitan emosi dengan si mati dan selalunya dipilih dari kalangan Individu Profesional di dalam bidang ini atau entiti korporat seperti Syarikat Amanah.
Pemilihan Syarikat Amanah sebagai Wasi ada kelebihan tersendiri kerana mereka adalah entiti korporat yang tertakluk di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Sila lihat https://wasiatdigital.com/siapa-wasi-pentadbir-di-dalam-wasiat/ untuk pencerahan.
PENJELASAN TERPERINCI
Penjelasan terperinci mengapa perlu cepat laksana wasiat si mati boleh dibaca di pautan https://www.maidam.gov.my/index.php/kenapa-pembahagian-pusaka-perlu-disegerakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
Antara kandungan pautan di atas adalah seperti berikut:
Pentadbiran dan pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku :
- Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil.
- Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.
- Wasiat tidak disempurnakan dengan segera.
- Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis.
- Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar.
- Harta tidak terurus dan terbiar.
- Urusniaga tidak dapat dijalankan.
- Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com