PENGENALAN WASIAT DAN FARAID
Wasiat dan Faraid kedua-duanya adalah berkaitan dengan harta pusaka orang islam. Penerangan ringkasnya, Wasiat merupakan satu pesanan mengenai harta pusaka yang dirancang semasa hidup manakala Faraid pula adalah hukum pewarisan harta pusaka yang perlu dipatuhi mengenai perkara yang berkaitan dengan perancangan harta pusaka orang islam.
Sepertimana yang kita maklum, Wasiat dan Faraid sering disalah-ertikan kegunaannya. Banyak persoalan mengapa perlu berwasiat sedangkan kaedah pembahagian harta orang islam sudah ditentukan mengikut hukum faraid.
Sering juga dipersoalkan hukum berwasiat di dalam Islam. Sila lihat pautan berikut https://wasiatdigital.com/wasiat-dalam-islam/ untuk penjelasan terperinci mengenai hukum-hukum berwasiat.
Kekeliruan di atas adalah antara penyumbang utama kepada permasalahan harta pusaka beku di Malaysia yang sudah mencapai *RM 90 bilion, di mana majoritinya adalah harta pusaka orang Islam (*Utusan Malaysia, 6 Sept 2023).
Mari kita elakkan masalah yang sama pada keluarga dengan memahami definisi ringkas Wasiat dan Faraid terlebih dahulu seperti di bawah.
DEFINISI HUKUM FARAID DAN PENGIRAAN FARAID
Hukum Faraid adalah ketentuan Allah S.W.T yang telah menetapkan siapa yang berhak mendapat bahagian Faraid dan berapa bahagian Faraid yang waris-waris akan terima setelah berlakunya kematian seseorang.
Penjelasan terperinci dan cara pengiraan carta faraid boleh dibaca di pautan berikut https://as-salihin.com/apa-itu-hukum-faraid/. Walaubagaimanapun anda tidak perlu bimbang tentang cara pengiraan kerana semasa proses pentadbiran harta pusaka kelak SIjil Faraid/ Perintah Faraid akan disediakan oleh pihak yang berkaitan contohnya Mahkamah Syariah.
KREDIT: MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR: CONTOH SJIL FARAID/ PERINTAH FARAID.
RINGKASAN YANG KITA PERLU TAHU:
Ahli waris terbahagi kepada 3 kategori iaitu Waris Utama, Waris Gantian dan Waris Sisian. Beza utama antara mereka adalah pada bahagian atau kadar pusaka yang telah ditentukan secara Hukum Faraid.
- SIAPAKAH WARIS UTAMA
Waris Utama adalah Ibu, Bapa, Suami, Isteri, Anak Lelaki dan Anak Perempuan. Golongan ini wajib mewarisi dan tidak akan terhalang sama sekali. - SIAPAKAH WARIS GANTIAN
Waris Gantian akan mewarisi harta si mati sekiranya Waris Utama tiada. Contohnya datuk menggantikan tempat bapa, nenek menggantikan tempat ibu dan anak perempuan kepada anak lelaki menggantikan tempat anak perempuan. - SIAPAKAH WARIS SISIAN
Waris Sisian adalah adik beradik, bapa saudara, ibu saudara atau anak lelaki kepada adik beradik simati. Mereka ini akan mewarisi harta pusaka sekiranya tiada waris utama dan gantian.
APAKAH PULA WARIS PENGHALANG (ASABAH)
Waris ini merupakan dinding atau penghalang kepada waris sisian untuk mewarisi harta si mati. Mereka adalah anak lelaki, bapa dan cucu lelaki daripada anak lelaki. Kewujudan mereka ini akan menghalang waris sisian untuk mewarisi Faraid.
Sebagai contoh, si mati meninggalkan isteri, ibu dan 2 anak lelaki serta adik beradik lelaki dan perempuan maka adik beradik si mati tersebut tidak akan mendapat bahagian Faraid kerana terhalang oleh waris penghalang iaitu anak lelaki tersebut.
DEFINISI WASIAT
Wasiat adalah pesanan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.
Wasiat berkuatkuasa selepas kematian dan ianya boleh dipinda oleh pewasiat.
KEPERLUAN WASIAT DAN FARAID
Faraid dan Wasiat saling memerlukan di antara satu sama lain.
Faraid menjaga hak waris manakala wasiat pula memberi hak dan ruang kepada pewasiat untuk mewariskan hartanya kepada orang-orang yang bukan waris menurut Islam seperti anak atau ibu bapa angkat, ahli keluarga bukan Islam, cucu atau ahli keluarga yang tidak mendapat bahagian dalam Faraid ataupun untuk apa-apa tujuan kebajikan.
Wasiat juga merupakan instrumen perwarisan yang membolehkan pewasiat menjana pahala dengan memperuntukan harta untuk sedekah dan jariah.
PROSES SEBELUM PEMBAHAGIAN PUSAKA SECARA FARAID
Ramai menyangka bahawa harta pusaka akan diagihkan terus kepada waris mengikut Faraid setelah mereka meninggal dunia. Jawapan ringkasnya adalah tidak.
Proses pentadbiran perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta pusaka boleh dibahagikan. Dengan adanya dokumen wasiat, proses Pentadbiran ini akan lebih mudah sebelum proses Pengagihan Harta Pusaka sepertimana hukum Faraid dijalankan.
Ini diperjelaskan seperti di bawah:
DUA ASPEK PROSES PENGURUSAN HARTA PUSAKA ISLAM
Proses Pengurusan Harta Pusaka Islam di Malaysia terbahagi kepada dua:
- PENTADBIRAN harta pusaka mengikut undang-undang berkaitan yang digunapakai di Malaysia
- PENGAGIHAN harta pusaka kepada waris-waris mengikut Hukum Faraid atau Persetujuan antara waris-waris yang berhak
APAKAH KELEBIHAN BERWASIAT
Kandungan wasiat memperincikan perkara yang memudahkan proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka.
LIMA KANDUNGAN WASIAT YANG MEMBANTU MEMUDAHKAN PROSES PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
RUKUN DAN SYARAT SAH WASIAT
Bagaimana untuk memastikan yang wasiat adalah sah di sisi undang-undang. Sila lihat pautan https://wasiatdigital.com/rukun-dan-syarat-sah-wasiat/ untuk keterangan ringkas rukun-rukun dan syarat-syarat sah wasiat.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com