PENGENALAN
Apakah prosedur yang terlibat dalam proses pandaftaran wasiat digital?
Mengapa wasiat digital adalah alternatif yang tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi kebiasaan? Ianya berkait rapat dengan trend pendigitalan di dunia yang segalanya jika boleh ingin didigitalkan. Bukan sekadar keperluan regulator, ia merupakan pintu gerbang (gateway) kepada ekosistem kewangan yang lebih bersambung (connected), efisyen, dan berorientasikan pelanggan.
Tambahan pula pelan perancangan dan perlindungan warisan adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan kekayaan (wealth management). Dengan adanya wasiat dIgital, prosedur untuk menyediakan wasiat menjadi lebih mudah, murah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ianya tidak melibatkan borang dan dokumen fizikal sepertimana langkah-langkah yang digambarkan di bawah:
PROSEDUR PENDAFTARAN WASIAT DIGITAL
Kami gambarkan di bawah antara langkah-langkah yang terlibat dalam prosedur pendaftaran wasiat digital:
- LOG MASUK SISTEM (LOGIN)
- Proses log masuk (login) adalah menggunakan email yang telah didaftarkan terlebih dahulu
- PROSES PENDAFTARAN WASIAT
- Untuk mendaftarkan wasiat hanya perlu isikan info No. K/P atau Passport, e-Mail dan No. Telefon
- MAKLUMAT PEWASIAT
- Isikan maklumat pewasiat dengan maklumat-maklumat yang tepat dan terkini, termasuk alamat surat menyurat dan alamat kediaman sepertimana arahan di skrin
- MAKLUMAT WARIS
- Isikan maklumat waris dengan maklumat-maklumat yang tepat dan terkini, termasuk alamat surat menyurat dan alamat kediaman
- MAKLUMAT SAKSI
- Isikan maklumat saksi dengan maklumat-maklumat yang tepat dan terkini, termasuk alamat surat menyurat dan alamat kediaman, atau gunakan saksi syarikat amanah
- Patuhi syarat saksi wasiat seperti tertera di skrin
- PENGESAHAN E-KYC
- Lengkapkan Pengesahan E-KYC
- E-KYC adalah kaedah pengesahan identiti secara atas talian seperti mana yang digunakan oleh sektor perbankan
- Baca https://www.richardweechambers.com/e-kyc-in-malaysia/ dan https://www.bharian.com.my/amp/bisnes/lain-lain/2020/06/705896/bank-negara-keluar-dokumen-polisi-e-kyc
- TANDATANGAN DIGITAL
- Lengkapkan borang Tandatangan Digital dan isikan tandatangan pada bahagian yang disediakan
- Semak Email untuk mendapatkan Pin Tandatangan Digital
- Isikan No. Pin dengan Pin TandaTangan Digital
- Baca mengenai Akta DIgital di pautan https://wasiatdigital.com/wasiat-digital-dan-akta-tandatangan-digital/
- DEKLARASI WASIAT
- Pada bahagian Deklarasi Wasiat, sahkan persetujuan pada bahagian “Saya Bersetuju dengan Syarat yang ditetapkan”
- PEMBAYARAN FI
- Untuk pembayaran fi wasiat, pilih kaedah pembayaran atas talian yang diberikan
- MAKLUMAT TERPERINCI
- Maklumat terperinci dan senarai harta, hutang, waris-waris dan sebagainya boleh dilengkapkan pada bila-bila masa tanpa kos tambahan
KESIMPULAN
Kesemua proses di atas perlu mematuhi keperluan regulator dalam aktiviti transaksi dan dokumen digital untuk memastikan bukan sahaja kemudahan kepada pelanggan tetapi aspek keselamatan terutamanya.
DISCLAIMER (PENAFIAN)
Artikel ini bertujuan memberikan pengetahuan asas untuk kita mengenali prosedur pendaftaran wasiat digital yang tidak melibatkan borang fizikal langsung. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas anda boleh melayari pautan seperti di atas.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com