RUKUN DAN SYARAT HIBAH

RUKUN DAN SYARAT HIBAH

Rukun dan syarat hibah adalah penting untuk dipenuhi.

Ini adalah kerana pemberian hibah tidak dapat dilaksanakan sekiranya elemen-elemen utama dan syarat-syarat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi:

  1. PEMBERI HIBAH (aL-WAHIB)
    • Pemilik kepada barangan
    • Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah
    • Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya
  2. PENERIMA HIBAH (aL-MAUHUB LAHU)
    • Berkelayakan menerima hibah
    • Jika penerima adalah kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU), perlu melantik penjaga atau pemegang amanah
    • Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat
    • Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd)
  3. HARTA ATAU BARANG YANG DIHIBAHKAN
    • Harta atau barang bagi hibah tersebut hendaklah diperoleh secara halal
    • Harta atau barang yang dihibahkan hendaklah mempunyai nilai dari aspek syarak
    • Harta atau barang yang dihibahkan merupakan milikan pemberi hibah
    • Harta atau barang tersebut boleh diserahmilikkan
    • Harta atau barang yang dihibahkan wujud semasa akad hibah dijalankan
  4. SIGHAH (IJAB DAN QABUL)
    • Antara rukun-rukun yang yang perlu dipenuhi dalam sighah hibah ialah:
    • Ijab dan Qabul
    • Hibah tersebut tidak bertempoh

NOTA:

AL-QABD (PENERIMAAN HIBAH)

  • Dalam aliran Mazhab Syafii, unsur al-qabd merupakan keperluan yang wajib, di mana perjanjian hibah tidak dapat dianggap lengkap dan berkuat kuasa dengan hanya melibatkan ijab dan qabul, melainkan setelah adanya al-qabd.  Beberapa syarat-syarat al-qabd termasuk-
  • Mendapatkan keizinan dari pemberi hibah.
  • Harta yang dihibahkan tidak bercampur atau tidak berkait dengan harta lain yang tidak dihibah.
  • Penerima hibah sudah mencapai umur baligh dan berakal.

KESIMPULAN KEPERLUAN QABD DALAM AKAD HIBAH

Kesahan akad hibah mempunyai perkaitan dengan dengan akad yang dilafazkan oleh pemberi dan penerima hibah. Penerimaan atau qabd yang dizahirkan oleh penerima hibah boleh berlaku dalam bentuk lafaz atau perbuatan yang menunjukkan penerima hibah menguasai harta yang dihibahkan. Baca https://journalarticle.ukm.my/18238/1/JCIL-2021-62-Article-2.pdf

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top