
Rumah beli untuk anak perempuan… tapi mungkin kena kongsi dengan adik-beradik suami juga nanti.
- Dalam situasi di mana suami meninggal dunia tanpa bapa yang masih hidup dan tanpa anak lelaki, waris faraidnya adalah juga melibatkan adik-beradik suami.
- Ini bermakna, rumah yang dibeli untuk anak perempuan tadi tidak akan jatuh sepenuhnya kepada dia.
- Sebaliknya, ia akan menjadi
milik bersama antara contohnya isteri (1/8), ibu suami (1/6) anak perempuan (1/2), adik beradik lelaki suami (5/36) dan adik beradik perempuan suami (5/72). - Di sinilah isu boleh bermula, contohnya jika rumah perlu dijual untuk mendapatkan tunai untuk kegunaan anak kecil – dan ia perlu persetujuan ramai pewaris.
- Tidak semua waris mempunyai keperluan atau pandangan yang sama
Contohnya:
Anak dan ibu mungkin mahu terus tinggal di rumah itu…
Tetapi yang lain mungkin perlukan bahagian mereka dalam bentuk tunai. - Jika rumah itu tidak mampu dibahagikan secara fizikal, ia mungkin perlu dijual dan hasilnya dibahagi mengikut faraid.
- Namun, jika keluarga ingin mengekalkan rumah tersebut (contohnya untuk isteri dan anak tinggal), maka perlu ada persetujuan waris lain untuk melepaskan hak mereka (takharuj) jika ingin lakukan pertukaran nama geran.
- Tanpa persetujuan ini, urusan boleh menjadi tertangguh, rumit atau berpanjangan bertahun-tahun.
- Persoalannya, apa solusi sesuai jika hanya ada anak perempuan?
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi kami untuk penerangan secara percuma.
