PENGENALAN
Rumah perlu Wasiat, Hibah, MRTA atau MRTT?
Aset seperti rumah dan tanah adalah termasuk dalam kategori hartanah. Dan jika aset tersebut masih di dalam pinjaman bank selalunya ia akan melibatkan produk insuran samada MRTA atau MRTT.
Apa pula maksud Hibah Hartanah?
Hibah Hartanah adalah pemberian hartanah (rumah dan/ atau tanah) melalui konsep hibah oleh pemberi hibah semasa hidupnya kepada penerima hibah.
Penerima hibah boleh jadi ahli keluarga atau bukan. Hibah juga boleh dibuat tanpa sebarang had atau jumlah kerana ia adalah pemberian semasa hidup dan bukan dikategorikan sebagai harta pusaka.
Untuk pencerahan mengapa perlu Hibah sedangkan ada dokumen lain seperti Wasiat, sila lihat https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-kan-dah-ada-wasiat/
APA PULA MRTA ATAU MRTT
Rumah perlu Wasiat, Hibah, MRTA atau MRTT?
Jadi apa itu MRTA atau MRTT?
Mungkin ada antara kita yang masih keliru kenapa hartanah yang ada insuran MRTA atau MRTT masih perlu diwasiatkan atau dihibahkan.
Ini adalah kerana MRTA atau MRTT hanya menyelesaikan hutang pinjaman perumahan atau tanah simati. Ia bukanlah solusi Perancangan Harta Pusaka.
Lihat gambaran ringkas di bawah:
- Insuran MRTA/ MRTT hanya selesaikan hutang dengan bank
- Rumah masih beku dan belum lagi milik waris dan/ atau benefisiari lainnya
- Penjaga harta jika rumah itu untuk anak bawah umur bukan automatik isteri. Perlu lantik isteri sebagai Penjaga Harta dalam dokumen wasiat.
- Hibah hartanah pula untuk pastikan penerima dapat hartanah tersebut tanpa pertikaian.
BUKANKAH BANYAK MEMORI INDAH DI SINI
BACAAN TAMBAHAN
Rujuk artikel berikut https://lbs.com.my/media/lbs-voice/property-guides/fahami-konsep-hibah-bolehkah-rumah-yang-masih-bercagar-dihibahkan/ untuk memahami kaitan Hibah, MRTA dan MRTT dengan lebih mendalam.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com