SIAPA LEBIH PERLU WASIAT

Siapa lebih perlu wasiat? Walaupun setiap orang perlu berwasiat, ada golongan yang perlu memikirkannya lebih serius dari yang lain.

Siapa yang lebih perlu wasiat? Jangan lupa. Rancang perwarisan anda hari ini.

Kami berikan penerangan ringkas di bawah siapa yang lebih perlu membuat wasiat:

  • ADA ANAK BAWAH UMUR 18 TAHUN – Penjaga harta perlu dilantik oleh suami jika ingin memastikan isteri layak menjadi pentadbir harta. Lihat blog kami https://wasiatdigital.com/suami-perlu-wasiat-lantik-penjaga-harta-anak/
  • ADA ANAK KELAINAN UPAYA (OKU) – Pelan penjagaan harta anak OKU perlu memperincikan siapa penjaga harta, bagaimana harta perlu dibelanjakan dan lain-lain keperluan.
  • ADA ANAK ANGKAT – Anak angkat tiada peruntukan di dalam Faraid tetapi layak mendapat sehingga maksima 1/3 harta pusaka si mati seperti peruntukan wasiat.
  • ADA ANAK PEREMPUAN SAHAJA (dari perspektif pihak suami) – Jika tiada ayah dan anak lelaki, pembahagian secara faraid akan melibatkan adik beradik suami contohnya bahagian faraid ibu suami 1/6 (16.67%), isteri* 1/8 (12.5%), anak perempuan 1/2 (50%), abang atau adik lelaki suami 5/36 (13.89%) dan kakak atau adik perempuan suami 5/72 (6.94%). Nota*: Jika lebih dari satu isteri, bahagian isteri 1/8 perlu dibahagikan sama rata dengan bilangan isteri.
  • POLIGAMI – Proses pentadbiran harta pusaka untuk situasi poligami adalah lebih kompleks melibatkan jumlah bilangan waris yang lebih ramai dan hak terhadap harta pusaka yang sama. Masalah timbul dari peringkat awal pentadbiran lagi contohnya siapa yang akan dipersetujui oleh semua waris sebagai Pentadbir Harta.
  • MUALAF YANG ADA AHLI KELUARGA BUKAN ISLAM – Seorang Mualaf dan ahli keluaganya yang bukan beragama islam adalah tidak saling mewarisi. Ahli keluarga bukan beragama Islam tiada peruntukan di dalam Faraid tetapi layak mendapat sehingga maksima 1/3 jumlah harta pusaka si mati seperti peruntukan di dalam wasiat. Lihat blog kami https://wasiatdigital.com/mualaf-keperluan-wasiat-dan-hibah/

Ada beberapa contoh lagi siapa yang lebih perlu wasiat. Jika anda bujang, berhasrat membahagikan harta pusaka secara persetujuan dan ingin berpesan mengenai sebahagian harta untuk tujuan kebajikan,

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top