SIAPA WASI DI DALAM WASIAT

PENGENALAN

Siapa Wasi di dalam wasiat.

Wasi adalah individu atau organisasi yang dilantik oleh Pewasiat di dalam wasiat sebagai Pentadbir dan Pemegang Amanah untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya.

Wasi juga bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat dan arahan Pewasiat selepas berlaku kematian kelak.

WASI MEMASTIKAN HASRAT KITA TERLAKSANA BILAMANA KITA SUDAH TIADA UNTUK MELAKUKANNYA

BEZA WASI INDIVIDU DAN SYARIKAT AMANAH

Siapa Wasi di dalam wasiat?

Bolehkah kita lantik Wasi Individu?

Masalah yang mungkin timbul jika individu dilantik sebagai Wasi adalah seperti di bawah:

  • Wasi meninggal dunia terdahulu daripada Pewasiat.
  • Wasi tidak cukup pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan Pusaka.
  • Wasi tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
  • Wasi enggan bertindak dan menjalankan tanggungjawab sebagai Wasi.

Mengapa lantik Syarikat Amanah sebagai Wasi?

Sila lihat perkongsian ringkas di bawah:

VIDEO: MENGAPA LANTIK SYARIKAT AMANAH SEBAGAI WASI

BAGAIMANA JIKA TIADA LANTIKAN WASI

Jika tiada perlantikan Wasi,

  • Kesemua waris-waris perlulah bersetuju melantik Pentadbir Harta samada dikalangan waris atau pihak luar
  • Waris perlu dikumpulkan dan dijelaskan berkenaan peranan Pentadbir
  • Malangnya pada kebiasaannya ini mengambil masa yang lama disebabkan sukar mengumpulkan semua waris pada satu masa

Siapa Boleh Memohon Surat Kuasa Jika Tiada Lantikan Wasi Di dalam Wasiat?

Semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam harta pusaka yang berkenaan adalah layak untuk memohon seperti contoh di bawah:

  1. Waris si mati
  2. Pemiutang (creditor)
  3. Pihak-pihak pembeli (purchaser) dan pemegang serah hak, pemegang gadaian dan pajakan
  4. Pemegang amanah
  5. Ketua Pengarah Insolvensi
  6. Pihak Berkuasa seperti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Baitulmal

Baca mengenai perkara di atas di pautan https://www.hasil.gov.my/media/cunauobp/draf-ketetapan-umum-si-mati-bahagian-1-pengenalan.pdf.

Beri perhatian pada Perkara 3.4 Maksud Wasi di dalam takrifan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

BAGAIMANA PERLANTIKAN WASI CEPATKAN PROSES PENTADBIRAN

Blog kami https://wasiatdigital.com/wasiat-mudahkan-pentadbiran-pusaka/ menjelaskan bagaimana penyediaan wasiat melibatkan perlantikan wasi sebagai salah satu keperluan.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top