Kredit: Ahmad Termizi Bin Abdullah dan sumber-sumber lain.
Dalam situasi di mana pemberi dan penerima hibah meninggal secara serentak, terdapat pertimbangan penting yang perlu diambil kira, terutamanya dari sudut undang-undang dan pengurusan harta pusaka. Berikut adalah ringkasan mengenai situasi tersebut.
Situasi mati serentak dalam kes hibah takaful bermaksud pemberi hibah (pemilik sijil takaful) dan penerima hibah meninggal dunia serentak. Kematian serentak boleh merujuk kepada situasi di mana pemberi dan penerima hibah meninggal dunia dalam kejadian yang sama, atau dalam tempoh masa yang sangat dekat sehingga sukar untuk menentukan siapa yang meninggal dunia terlebih dahulu, contohnya dalam kemalangan jalanraya dan bencana alam.
Persoalan utama ialah siapakah yang dianggap meninggal dunia terlebih dahulu. Jawapan kepada persoalan ini amat mustahak kerana ia akan menentukan status manfaat takaful tersebut samada (1) kembali kepada harta pusaka pemberi hibah; atau (2) menjadi harta pusaka pemberi hibah

Rujuk artikel penuh di FB: https://www.facebook.com/share/15XcMLu421
Hukum Islam (dan undang-undang Malaysia) merujuk kepada konsep “tiada pewarisan antara si mati jika tiada kepastian siapa meninggal dahulu”. Ini bermaksud dalam kes sebegini, jika tidak dapat dipastikan siapa meninggal dahulu, manfaat takaful akan dianggap kembali kepada pemberi hibah (pemilik sijil takaful). Ini kerana hibah hanya berlaku apabila penerima hibah masih hidup untuk menerima manfaatnya.
Dalam situasi ini, manfaat takaful akan dianggap sebagai pusaka pemberi hibah kerana penerima hibah tidak berhak ke atas manfaat tersebut jika dia tidak hidup lebih lama daripada pemberi hibah. Oleh itu, manfaat takaful akan diagihkan mengikut hukum faraid atau wasiat (jika ada wasiat sah) untuk pusaka pemberi hibah.
Proses penentuan hak di atas mungkin memerlukan penglibatan mahkamah untuk menentukan waris-waris yang berhak dan membahagikan harta pusaka tersebut mengikut undang-undang yang berkenaan.
Untuk mengelakkan komplikasi yang lebih sukar diuruskan, adalah penting untuk membuat perancangan harta pusaka yang lebih lengkap merangkumi wasiat dan instrumen perancangan harta pusaka lain yang relevan.
Kesimpulan
Kematian serentak pemberi dan penerima hibah menimbulkan cabaran undang-undang dan pengurusan harta pusaka yang kompleks. Perancangan yang teliti dan pemahaman mengenai undang-undang yang berkenaan adalah penting untuk memastikan harta pusaka diuruskan dengan betul
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com