SURAT IKATAN HIBAH SAHAJA DAH CUKUP ?

Surat Ikatan Hibah Sahaja DAH CUKUP?

Mengapa ada jenis hibah yang mudah sahaja nak sediakan. Tapi akhirnya perlu lalui proses pusaka juga bila Pemberi Hibah meninggal dunia?

Apa pula Hibah Amanah?

HIBAH AMANAH Untuk Hartanah: Alternatif Wariskan Rumah Tanpa Kontroversi Harta Pusaka.

  1. Hibah Amanah ialah kaedah perancangan harta secara hibah yang menyeluruh dari peringkat perancangan hingga pertukaran nama geran.
  2. Ia meliputi penyediaan Surat Ikatan Hibah, Surat Ikatan Amanah & Surat Kuasa Wakil semasa Pemberi dan Penerima Hibah masih hidup.
  3. Melaluinya, pemberi hibah masih mempunyai kawalan penuh ke atas hartanah sebagai ‘pemegang amanah utama’ selagi beliau masih hidup.
  4. Apabila pemberi hibah meninggal dunia, penerima hibah tidak perlu bersusah payah melaksanakan pertukaran nama rumah tersebut.
  5. Segala urusan dengan pihak² berkaitan akan dikoordinasikan oleh ‘Pemegang Amanah Ganti’ tanpa perlu melalui proses pusaka yang panjang dan rumit melalui Surat Kuasa Wakil. Ini bermakna rumah dapat diwarisi dengan mudah dan segera, tanpa pertikaian waris lainnya.
  6. Hibah Amanah memberi ketenangan bahawa rumah yang dikumpul dengan titik peluh dapat diwarisi dengan cara yang diingini, tanpa beban urusan pentadbiran pusaka yang kompleks.
  7. Ia juga diperkuatkan dengan dokumentasi lengkap perundangan berdasarkan konsep hibah yang sesuai dengan hartanah:
    (i) Surat Ikatan Hibah (konsep pemberian)
    (ii) Surat Ikatan Amanah (konsep kepercayaan)
    (iii)Surat Kuasa Wakil (konsep wakalah)

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top