
Urusan Pusaka di MAHKAMAH TINGGI SIVIL Untuk Kematian Berwasiat & Kematian Tanpa Wasiat:
- Permohonan Geran Probet/ GP (kematian berwasiat/ testate) adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan permohonan Surat Kuasa Tadbir/ LA (kematian tanpa wasiat/ intestate).
- Pengurusan Harta Pusaka Bagi Kematian Berwasiat (Testate):
➡Wasi yang dilantik oleh pewasiat (semasa beliau hidup) boleh terus membuat permohonan Geran Probet di Mahkamah Tinggi Sivil.
➡Permohonan dibuat melalui saman pemula, disokong oleh afidavit sokongan Wasi sebagai pemohon dan diekshibitkan dokumen wasiat dan surat-surat akuan saksi yang mengesahkan kesahihan wasiat (bila berkenaan).
➡Ini lebih menjimatkan masa berbanding dengan perlantikan Pentadbir oleh waris-waris (kematian tanpa wasiat) kerana bagi geran probet, afidavit penolakan oleh semua waris tidak perlu difailkan. Bahkan waris sebenarnya tidak boleh mencabar kelayakan Wasi untuk mentadbir harta pusaka peninggalan si mati.
➡Hal ini juga boleh mengelakkan perbalahan sesama waris tentang siapa yang akan menguruskan harta pusaka si mati sebab perlantikan wasi itu sendiri sudahpun dibuat oleh si mati dalam wasiatnya semasa hidup.
➡Apabila Wasi telah mendapat Geran Probet, Wasi boleh terus menjalankan arahan pewasiat contohnya membahagikan maksima 1/3 harta pusaka bagi tujuan amal jariah dan membahagikan baki harta kepada waris² faraid samada mengikut pembahagian faraid atau permuafakatan atau persetujuan sesama waris.
➡Isu tentang sama ada Akta Probet dan Pentadbiran 1959 juga mengikat orang Islam tidak timbul kerana peruntukan undang-undang tidak mengecualikan orang Islam dari tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
➡Untuk kematian berwasiat, selepas Wasi mendapatkan Geran Probet, Wasi boleh terus membahagikan harta pusaka si mati tanpa perlu lagi kepada Perintah Pembahagian Pusaka/ Perintah Jualan. - Pengurusan Harta Pusaka Bagi Kematian Tanpa Wasiat (Intestate):
➡Permohonan Surat Kuasa Tadbir (LA) di Mahkamah Tinggi Sivil memerlukan penyediaan lebih banyak dokumen, contohnya:
i. Afidavit Penolakan Dari Waris
ii. Notis Permohonan Pengecualian Penjamin
iii. Afidavit Sokongan Pengecualian Penjamin
iv. Afidavit Persetujuan Pengecualian Penjamin
➡Selepas mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (LA), pentadbir masih perlu mendapatkan Perintah Pembahagian Pusaka pula untuk harta tak alih. Atau jika ingin menjual, perlu dapatkan Perintah Jualan.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com
