Gambaran Proses Pengurusan pusaka di PEJABAT PUSAKA KECIL:

1. KUMPULKAN SEMUA WARIS.
- Kira pengiraan faraid untuk mengetahui bahagian setiap waris dalam bentuk pecahan.
- Harta tak berdaftar boleh dibincangkan terus cara pembahagiannnya.
2. LANTIK PENTADBIR PUSAKA.
- Semua waris-waris perlu bersetuju untuk melantik Pentadbir.
- Pentadbir perlu dipastikan layak dari segi ilmu, masa, kesihatan fizikal dan mental dan kewangan.
- Pentadbir perlu tahu tertib pembahagian proses pusaka bermula daripada penyelesaian kos pengkebumian, penyelesaian hutang dunia dan akhirat, tuntutan harta sepencarian, pembahagian wasiat dan pembahagian baki harta secara faraid
- Pentadbir perlu tahu langkah-langkah pentadbiran yang lainnya.
3. KUMPUL SEMUA DOKUMEN BERKAITAN.
Dokumen Asas:
- Borang A.
- Dokumen pengenalan si mati dan sijil kematian.
- Dokumen pengenalan waris dan sijil nikah/ sijil lahir.
- Dokumen harta pusaka contohnya salinan geran, hak milik harta, penyata bank dan sebagainya.
- Carian rasmi hartanah.
- Pesuruhjaya sumpah.
Dokumen Lain:
- Borang DDA (waris tidak hadir).
- Salinan penyata hutang.
- Salinan resit terkini cukai tanah/ pintu.
- Anggaran nilai harta.
- Sijil Faraid dari mahkamah syariah (untuk kes yang perlu)
Dokumen Untuk Mengasingkan Harta Yang Bukan Pusaka (bila berkaitan):
- Hibah (jika perlu pengesahan)
- Harta Sepencarian (perlu dituntut di Mahkamah Syariah)
- Wasiat Wajibah (bila perlu di negeri yang ada Enakmen berkaitan)
4. FAILKAN KES PUSAKA.
- Failkan kes.
5. PEMPROSESAN DI PEJABAT PUSAKA KECIL:
- Proses penilaian di JPPH
- Proses pendaftaran pusat (bahagian daftar Surat Kuasa Mati).
- Untuk penentuan samada urusan pusaka boleh dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.
6. TUNGGU TARIKH BICARA:
- Waris-waris perlu hadir.
- Sekiranya tidak boleh hadir perlu mengisi borang DDA dan nyatakan samada bersetuju untuk muafakat, lepaskan hak atau mengikut faraid.
- Sebelum tarikh perbicaraan, semua waris-waris perlu berbincang kaedah pembahagian pusaka samada muafakat, lepaskan hak atau mengikut faraid.
7. PERBICARAAN:
- Semua waris-waris perlu hadir.
- Sekiranya tidak boleh hadir perlu mengisi borang DDA dan nyatakan samada bersetuju untuk muafakat, lepaskan hak atau mengikut faraid.
8. PERBICARAAN SELESAI:
- Surat Kuasa Mentadbir dan Pentadbir akan dilantik secara rasmi.
- Perintah Pembahagian juga akan diberikan.
9. PENCAIRAN HARTA PUSAKA BEKU:
- Pentadbir lakukan proses pembahagian pusaka seperti yang dipersetujui semua waris-waris.
- Daftarkan Perintah Pembahagian di Pejabat Tanah.
10. PERMOHONAN ULANG BICARA:
- Borang P
- Jika ada harta yang tertinggal, perlu lalui proses bicara semula.
11. NOTA:
Semua jenis harta alih dan tak alih sebenarnya boleh diuruskan di Mahkamah Tinggi Sivil, walaupun nilainya kurang dari RM5 juta!
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai WASIAT, HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com
