KREDIT: BUKU KARANGAN USTAZ INDERA SHAHRIL MOHD SHAHID, PENGARAH BAITULMAL – MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
WASIAT DALAM ISLAM – SATU PENGENALAN
Wasiat Dalam Islam. Ramai dalam kalangan kita menganggap wasiat adalah sesuatu yang tidak penting kerana Faraid sudah ada.
Ini kerana rata-ratanya berpandangan pembahagian harta pusaka adalah terhad untuk waris-waris dan dibahagi melalui kaedah Faraid sahaja.
KLIK WHATSAPP DI BAWAH UNTUK INFO WASIAT EKSPRES PALING RAHMAH YANG SEMUA MESTI ADA!
(1) Apa kaitan antara Wasiat dan Faraid? Kenapa perlukan wasiat sedangkan sudah ada hukum faraid? SIla lihat https://wasiatdigital.com/wasiat-dan-faraid/
(2) Dan mengapa pula perlu Hibah bila sudah ada Wasiat dan Faraid? Sila baca penjelasan ringkas di https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-kan-dah-ada-wasiat/
WASIAT DALAM ISLAM – DEFINISI RINGKAS
Wasiat dalam islam sebenarnya adalah ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka.
Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan.
Manakala, dua pertiga daripada harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid.
HUKUM WASIAT DALAM ISLAM
Walaupun hukum berwasiat merupakan satu perbuatan sunat yang digalakkan, namun hukum berwasiat juga boleh berubah mengikut situasi seperti berikut:
1. WAJIB
Wasiat menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terutama yang berbentuk ‘hak ALLAH’ seperti zakat, kafarah dan haji yang dibimbangi tidak dapat ditunaikan sekiranya tidak diwasiatkan kepada seseorang untuk melaksanakannya.
Begitu juga tanggungjawab berkaitan hak manusia seperti mempunyai harta yang diamanahkan kepadanya dan hutang yang belum diselesaikan.
2. HARAM
Wasiat menjadi haram apabila seseorang mewasiatkan sesuatu perkara yang diharamkan oleh syarak atau bertujuan untuk memudaratkan ahli waris.
3. HARUS
Wasiat menjadi harus jika dibuat kepada orang kaya sama ada daripada kaum kerabat atau mana-mana pihak dengan tidak mempunyai tujuan tertentu.
Jika wasiat itu bertujuan untuk melakukan kebajikan dan menghubungkan tali silaturahim, maka ia menjadi sunat.
4. MAKRUH
Wasiat menjadi makruh jika pewasiat mempunyai harta yang sedikit namun pada masa yang sama mempunyai waris yang miskin yang sangat memerlukan harta.
Demikian juga adalah tidak wajar memberikan wasiat kepada orang fasik atau orang yang sering melakukan maksiat kerana dibimbangi pemberian wasiat itu akan meningkatkan lagi kecenderungannya untuk melakukan maksiat.
Nota wasiatdigital.com: PERSOALAN SETERUSNYA YANG SERING DIAJUKAN:
(1) Bolehkah berwasiat kepada waris faraid? Jika boleh, bagaimana dengan kadar pembahagiannya, bolehkah dengan kadar sama rata atau tidak mengikut kadar seperti di dalam hukum faraid? Sila rujuk https://wasiatdigital.com/wasiat-kepada-waris/
(2) Siapa yang perlu wasiat? Walaupun wasiat penting untuk setiap orang ada golongan yang perlu memikirkannya dengan lebih serius dari yang lain. Sila lihat https://wasiatdigital.com/siapa-lebih-perlu-wasiat/
(3) Jenis wasiat baru di era digital – Kita tidak boleh lari daripada kewujudan wasiat alaf baru iaitu wasia digital https://wasiatdigital.com/wasiat-digital-malaysia/.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com
Adakah di benarkan dan sah jika pembahagian dlm wasiat di buat kpd ahli waris bukan mengikut faraid?
Penjelasan daripada portal efaraid Majlis Agama Islam Selangorhttps://efaraid.mais.gov.my/wasiat/
Wasiat Kepada Waris:
Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid. Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia. Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya .
Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا وصيةَ لوارثٍ إلا أن يشاءَ الورثةُ
Yang bermaksud: “Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu, sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain selepas kematian pewasiat.