KREDIT: Beza tandatangan digital dengan elektronik dalam menentusahkan identiti penandatangan dokumen.
Prof Madya Dr Rozanah Ab Rahman. Profesor Madya di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia – Astro Awani, Februari 26, 2021
PENGENALAN
Wasiat Digital dan Akta Tandatangan Digital perlu difahami dengan mendalam dan tidak boleh diremehkan penggunaannya untuk memastikan dokumen wasiat sah di mahkamah nanti.
Untuk memahami topik ini kita perlu faham adanya beza antara Tandatangan Digital dengan Tandatangan Elektronik.
BEZA TANDATANGAN DIGITAL vs. TANDATANGAN ELEKTRONIK
Wasiat Digital dan Akta Tandatangan Digital boleh lebih mudah untuk dibincangkan dengan memahami beza antara tandatangan digital dengan tandatangan elektronik terlebih dahulu.
Ini adalah kerana istilah tandatangan elektronik sering disalahertikan dengan istilah tandatangan digital. Sedangkan terdapat dua perundangan berbeza bagi kedua-dua istilah, iaitu 1. Akta Tandatangan Digital 1997 dan 2. Akta Perdagangan Elektronik 2006.
Untuk perbincangan terperinci sila baca artikel seperti pautan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/beza-tandatangan-digital-dengan-elektronik-dalam-menentusahkan-identiti-penandatangan-dokumen-284822?
ADA BEZA ANTARA TANDATANGAN DIGITAL vs. TANDATANGAN ELEKTRONIK
APA ITU TANDATANGAN DIGITAL
Penjelasan terperinci mengenai Akta Tandatangan Digital di Malaysia boleh dibaca di pautan berikut di laman web MCMC https://www.mcmc.gov.my/ms/sectors/digital-signature.
WASIAT DIGITAL, TANDATANGAN DIGITAL DAN SIJIL PERAKUAN
Wasiat Digital perlu mematuhi terma-terma di dalam Akta Tandatangan Digital untuk memastikan bahawa dokumen wasiat adalah sah di sisi undang-undang.
Akta Tandatangan Digital 1997 mengawal selia penggunaan tandatangan digital di Malaysia untuk:
1. Menjamin keselamatan transaksi elektronik
2. Mengesahkan penggunaan tandatangan digital melalui perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen.
Di bawah Akta 1997 ini dan Peraturan-peraturan Tandatangan Digital 1998, fungsi utama pihak berkuasa pemerakuan adalah mengeluarkan Sijil Perakuan kepada pelanggan yang memohon.
Pihak berkuasa pemerakuan tersebut adalah pemegang lesen di bawah Akta 1997 yang terdiri daripada empat syarikat iaitu:
1. Post Digicert Sdn. Bhd
2. MSC Trustgate.com Sdn. Bhd.
3. Telekom Applied Business Sdn. Bhd.
4. Raffcomm Technologies Sdn. Bhd.
Semua aktiviti pihak berkuasa pemerakuan berlesen ini diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
TANDATANGAN ELEKTRONIK
Tandatangan elektronik di bawah Akta Perdagangan Elektronik 2006 pula bererti, apa-apa huruf, aksara, nombor, bunyi atau apa-apa simbol lain atau apa-apa gabungan yang dicipta dalam bentuk elektronik yang diterima pakai oleh seseorang sebagai suatu tandatangan.
Akta menetapkan jika dokumen adalah dalam bentuk mesej elektronik, maka tandatangan itu hendaklah tandatangan elektronik yang dilampirkan kepada mesej elektronik itu, selain dapat mengenal pasti orang itu dan boleh dipercayai sewajarnya.
Jadi, tandatangan elektronik yang boleh dipercayai bermaksud jika cara tandatangan itu dihasilkan adalah di bawah kawalan orang itu sahaja dan sebarang perubahan kepada tandatangan elektronik atau dokumen itu boleh dikesan selepas masa penandatanganan.
Akta Perdagangan Elektronik 2006 memperuntukkan kesahan tandatangan elektronik memerlukan kerelaan semua pihak yang berurus niaga untuk bersetuju menggunakan medium elektronik dalam transaksi perniagaan mereka.
Akta tersebut tidak menjadikan mandatori bagi seseorang untuk menggunakan, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam mana-mana urusniaga perdagangan.
KESIMPULAN
Menurut Akta Tandatangan Digital 1997, dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital hendaklah mengikat di sisi undang-undang seperti ditandatangani dengan tulisan tangan, cap ibu jari yang ditambah atau sebarang tanda lain.
Adalah penting bagi pemilik perniagan untuk mengetahui bahawa tandatangan elektronik terpakai kepada semua transaksi komersial tetapi TIDAK bagi transaksi atau dokumen surat wakil kuasa, pembentukan wasiat dan kodisil, amanah serta surat cara boleh niaga.
Transaksi atau dokumen surat wakil kuasa, pembentukan wasiat dan kodisil, amanah serta surat cara boleh niaga perlu menggunapakai tandatangan digital.
PENUTUP
Pengetahuan tentang penggunaan tandatangan yang mana, bagi jenis transaksi apa, adalah sangat penting bagi pemilik perniagaan supaya kesahan dokumen atau surat cara yang dimeterai tidak dipertikai di kemudian hari.
Sila lihat https://wasiatdigital.com/wasiat-digital-malaysia/ untuk pengenalan mengenai Wasiat Digital di Malaysia.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com