PENGENALAN
Wasiat digital memerlukan konsultan?
Bolehkan proses penyediaan dokumen wasiat digital tidak melibatkan proses konsultasi langsung? Mungkin masih banyak kekeliruan mengenai keperluan konsultan dalam proses merangka wasiat digital.
kekeliruan mungkin timbul bukan sahaja berkenaan keperluan proses konsutasi tetapi juga mengenai keabsahan dokumen wasiat digital itu sendiri.Sila lihat penjelasan mengenai topik ini di pautan https://wasiatdigital.com/wasiat-digital-malaysia/ dan https://wasiatdigital.com/wasiat-digital-dan-akta-tandatangan-digital/
PENYEDIAAN WASIAT DIGITAL CARA DIY
Dengan semakin banyak syarikat yang mempromosikan aspek pemprosesan digital pendaftaran wasiat secara DIY dalam konsep pemasaran, mungkin ada yang makin keliru adakah cara DIY ini memadai.
Sebenarnya persoalan yang sama penting untuk ditangani dalam menyediakan wasiat digital adalah mengenai asas keabsahan (validity) wasiat tidak kira samada wasiat itu secara digital atau tradisional iaitu:
- Bagaimana untuk memastikan klien faham impak wasiat dalam proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka
- Adakah mereka faham yang pesanan di dalam wasiat tidak semestinya boleh dilaksanakan jika tidak mematuhi perundangan tertentu seperti Hukum Faraid
- Tahukah mereka ada antara hasrat yang lebih sesuai menggunakan dokumen lain seperti Hibah Hartanah, Amanah, Harta Sepencarian dan sebagainya. Rujuk sedikit pencerahan di pautan https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-kan-dah-ada-wasiat/
GAMBAR HIASAN: PROSES PENDAFTARAN WASIAT DIGITAL BOLEH DILAKUKAN DENGAN ATAU TANPA KONSULTAN
KEPERLUAN PROSES KONSULTASI
Walaupun wasiat digital menawarkan kemudahan dalam merancang warisan secara dalam talian (online), adalah penting untuk diingat bahawa setiap individu mempunyai keperluan berbeza yang besar kemungkinan memerlukan proses konsultasi.
Oleh itu, konsultasi manusia masih merupakan antara elemen penting dalam proses merangka wasiat digital seperti penjelasan di bawah:
- Setiap individu mempunyai keperluan unik disebabkan oleh pemilikan jenis aset, struktur famili dan keperluan solusi pewarisan yang berbeza.
- Konsultan boleh memahami dengan lebih baik situasi klien sebelum menentukan jenis solusi pewarisan yang sesuai
- Melalui konsultasi manusia, penasihat boleh membantu klien untuk menentukan aset-aset mana yang perlu dimasukkan dalam wasiat digital mereka
- Konsultan juga boleh membantu klien merancang bagaimana harta pusaka mereka akan diuruskan selepas kematian nanti
- Selain daripada aspek teknikal, konsultasi manusia ini juga penting untuk memberikan sokongan emosi supaya klien selesa untuk membincangkan perkara-perkara yang penting dalam merancang pelan pewarisan mereka.
KESIMPULAN
Walaupun teknologi memainkan peranan yang penting dalam merancang wasiat digital, konsultasi manusia tetap tidak dapat digantikan seratus peratus setidak-tidaknya untuk kes-kes tertentu.
Dengan melibatkan penasihat manusia, klien dapat memastikan bahawa wasiat digital mereka disesuaikan dengan keperluan dan kehendak mereka yang unik.
Kesimpulannya, konsultasi manusia adalah juga satu elemen yang penting dalam proses memilih syarikat pembekal Wasiat Digital anda.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com