KERJAYA PERANCANG WASIAT DAN HIBAH

Mungkin tidak ramai orang tahu peluang kerjaya yang ada dalam bidang Perancangan Harta Pusaka contohnya Wasiat, Amanah dan Hibah. Kami senaraikan di sini beberapa contoh mengapa kita boleh membina kerjaya yang menarik di dalam bidang ini samada secara separuh masa atau sepenuh masa:

  1. Potensi pendapatan tiada had. Pendapatan kita bergantung kepada usaha diri kita sendiri.
  2. Pelbagai peluang perkembangan kerjaya. Produk perancangan harta pusaka berkait rapat dengan industri lain contohnya bidang Hartanah, Insuran, Takaful dan Perbankan.
  3. Kerjaya yang stabil. Setiap orang akan memerlukan perancangan harta pusaka pada satu ketika di dalam kitaran hidup mereka.
  4. Kepelbagaian solusi. Perancangan harta pusaka bukan sahaja melibatkan Wasiat tetapi juga Amanah, Hibah, Harta Sepencarian dan sebagainya.
  5. Pembelajaran berterusan. Perubahan polisi, produk dan keperluan masyarakat memerlukan kita sentiasa belajar dan berubah ke peringkat seterusnya.
  6. Membantu ramai orang. Perancangan harta pusaka boleh mengelakkan masalah harta beku, perebutan harta dan/ atau pertikaian keluarga di kemudian hari.
  7. Peluang mengembangkan jaringan kenalan dan perniagaan. Setiap lapisan masyarakat memerlukan perancangan harta pusaka.
  8. Waktu kerja yang fleksibel. Janji temu dengan prospek pelanggan tidak semestinya dalam jangka masa kerja tipikal iaitu 9 – 5.
  9. Work-Life Balance disebabkan oleh waktu kerja yang fleksibel.
  10. Harta pusaka beku di Malaysia sudah mencapai RM90 bilion pada tahun 2023 dan malangnya lebih 90% adalah milik orang Islam. Ini antaranya disebabkan banyak kekeliruan tentang keperluan pelan perancangan harta pusaka. Dan maklumat yang mengelirukan di dunia maya.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top