
Saya dah buat HIBAH. Mengapa masih perlu WASIAT?
Tidak semua harta akan dihibahkan. Ada yang tinggal sebagai harta pusaka – baki simpanan bank, barangan peribadi, perkakasan rumah, kereta dan banyak lagi.
Sijil Faraid bukan Surat Kuasa Mentadbir.
Untuk dapatkan Surat Kuasa Mentadbir, harta si mati perlu lalui proses pentadbiran terlebih dahulu, yang lebih mudah dengan adanya Wasiat.
Selepas itu, barulah pusaka tersebut boleh dibahagikan (ikut hak faraid/ persetujuan sesama waris).
Selain mudahkan permohonan Surat Kuasa, wasiat juga pastikan urusan pusaka diuruskan ikut tertib/ keutamaan yang betul mengikut turutan berikut:
i. Penyelesaian kos pengkebumian.
ii. Penyelesaian hutang dunia (dengan manusia dan institusi) dan dengan Allah (badal haji, zakat, nazar dsb).
iii. Penyelesaian tuntutan harta sepencarian.
iv. Pembahagian wasiat (max 1/3 untuk bukan waris atau sedekah jariah).
v. Pembahagian baki harta mengikut faraid.
Ringkas Hibah vs Wasiat:
https://www.facebook.com/share/p/19dNtgcwzU/
Hibah Amanah:
https://www.facebook.com/share/19LNJm7dE8/
Wasiat:
https://www.facebook.com/share/1FGQvYNtwp/
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi kami untuk penerangan secara percuma.Post
