TUNTUTAN PAMPASAN PENGAMBILAN TANAH BAGI TUANPUNYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ATAU MASIH HIDUP

Kerajaan boleh mengambil tanah persendirian bagi maksud awam — tetapi tuanpunya berhak kepada pampasan yang mencukupi pada nilai pasaran. Rujuk Akta Pengambilan Tanah 1960.

  1. Bagi kes di mana tuanpunya tanah berdaftar telah meninggal dunia, tanpa wasiat atau pembahagian pesaka belum selesai, Pentadbir Tanah akan membayar pampasan kepada Amanah Raya Berhad (ARB).
  2. Namun, jika semasa bayaran dibuat tiada orang yang layak (competent) boleh menerimanya atau orang berkepentingan enggan menerima atau terdapat pertelingkahan hak untuk menerimanya, Pentadbir Tanah akan mendepositkan wang pampasan itu ke Mahkamah.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN PAMPASAN

Dari Mahkamah Tinggi :

  1. Pentadbir Tanah mengemukakan afidavit berkenaan kepada Pendaftar Mahkamah
  2. Mahkamah akan menyediakan cek pampasan

Dari Amanah Raya Berhad:

  1. Waris mengemukakan Perintah Pembahagian/Surat Kuasa Mentadbir kepada Amanah Raya Berhad
  2. Amanah Raya Berhad akan menyediakan cek pampasan.
https://wasiatdigital.com
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & URUSAN PUSAKA.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi kami untuk penerangan secara percuma

Scroll to Top