CARA BETUL TULIS WASIAT

Macamana nak pastikan wasiat kita sempurna? Mari lihat perkongsian di bawah untuk tips percuma!

In the quiet moments, memories dance like fireflies, casting a gentle glow on the love they shared, illuminating the enduring bond, even when one prepares to let go…

1️⃣ Kenal Pasti Harta Anda:

Senaraikan semua harta anda (a) harta alih (movable property) seperti simpanan bank, tabung haji dan saham amanah (b) harta tak alih (immovable property) seperti rumah, tanah, kenderaan dan sebagainya.

Lebih baik lagi jika anda buat satu salinan semua dokumen yang berkaitan.

2️⃣ Senaraikan Waris Faraid dan Bukan Waris Faraid:

Senaraikan semua waris faraid dan bukan waris faraid anda.

Dalam sesetengah keadaan, adik beradik anda juga boleh menjadi waris faraid dalam kes di mana anda (suami) hanya ada anak perempuan dan tiada kedua ibubapa, datuk dan nenek.

Bukan waris faraid juga merujuk kepada benefisiari lainnya seperti anak angkat, keluarga bukan islam, rakan kongsi perniagaan, rakan rapat anda dan sebagainya.

3️⃣ Senaraikan Hutang Anda:

Bayaran hutang adalah satu kewajiban sekalipun kita sudah meninggal dunia. Sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris dan benefisiari lainnya, semua hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Selain hutang di dunia, hutang dengan Allah juga perlu dinyatakan seperti hutang zakat harta, fidyah, nazar, yuran badal haji jika belum menunaikan haji dan lain-lain.

4️⃣ Berwasiat 1/3 Kepada Bukan Waris:

Salah satu kelebihan menulis wasiat ialah berwasiat sehingga maksima 1/3 kepada bukan waris faraid seperti anak angkat, keluarga bukan islam, rakan rapat dan badan kebajikan.

5️⃣ Menentukan pelantikan Wasi anda:

Wasi adalah pihak yang akan melaksanakan arahan di dalam wasiat anda. Pihak wasi akan menguruskan permohonan gran probet (grant of probate) daripada mahkamah sebelum boleh mengagihkan harta pusaka anda kepada mereka yang layak.

Pelantikan wasi individu berisiko berlaku kecuaian atau kematian kepada wasi tersebut dan kekurangan pengetahuan mengenai proses-proses berkaitan yang perlu selari dengan undang-undang sivil dan syariah.

5️⃣ Menentukan Agihan Harta Benda Kepada Waris & Bukan Waris:

Sila tentukan nama waris dan peratusan (%) harta benda yang ingin anda berikan kepada waris anda. Beri lebih perhatian kepada harta tak alih seperti rumah yang sukar untuk dibahagikan jika diwasiatkan kepada ramai orang.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top