Geran Rumah Masih Pada Bank/LPPSA Selepas Loan Langsai

  1. Pelepasan Gadaian adalah proses yang perlu dilakukan oleh pihak Peminjam/Waris setelah hutang Bank/LPPSA selesai dibayar bagi membatalkan gadaian yang telah didaftarkan di dalam Salinan Asal geran tersebut seterusnya mendapatkan Salinan Asal Geran tersebut kepada pemilik hartanah.
  2. Pihak peguam akan menyediakan dokumen pelepasan Gadaian (Borang 16N) (Seksyen 278 Kanun Tanah Negara) dan menyerahkan kepada pihak bank untuk ditandatangani.
  3. Selepas menandatangani Borang 16N, pihak bank perlu menyerahkan kembali borang tersebut bersama-sama dengan Geran Asal (dengan rekod gadaian Bank/LPPSA masih ada di dalam Geran).
  4. Peguam akan mematisetemkan Borang 16N tersebut dan kemudiannya menyerahkan Borang 16N beserta Geran Asal kepada pihak Pejabat Tanah.
  5. Borang 16N ini bertindak sebagai borang persetujuan dari pihak Bank/LPPSA bahawa hutang telah selesai dibayar dan pihak Bank/LPPSA bersetuju untuk mengeluarkan rekod gadaian yang didaftarkan sebelum ini dari Geran Asal.
  6. Selepas urusan pendaftaran Borang 16N berserta Geran Asal tersebut selesai, pihak Pejabat Tanah akan memulangkan semula Geran Asal kepada pihak Peguam, di mana Geran Asal tersebut hanya akan mempunyai nama pemilik tanpa ada rekod gadaian.
  7. Tindakan awal untuk pelepasan gadaian dapat mengelakkan masalah yang lebih rumit sekiranya pemilik/penggadai/peminjam telah meninggal dunia. Ini kerana pihak Bank kemudiannya memerlukan Perintah Mahkamah/Perintah Pusaka bahawa waris yang ingin membuat pelepasan gadaian tersebut adalah pentadbir yang sah bagi pihak arwah
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & URUSAN PUSAKA.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi kami untuk penerangan secara percuma

Scroll to Top