KREDIT: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
ANTARA WEB PORTAL MAJLIS AGAMA ISLAM DI MALAYSIA MENGENAI TOPIK HARTA PUSAKA
DEFINISI WASIAT, FARAID DAN HIBAH
Definisi wasiat, faraid dan hibah sering menjadi persoalan samada di dunia maya atau dalam mana-mana perbincangan mengenai harta pusaka.
Kami kongsikan di bawah definisi wasiat, faraid dan hibah seperti laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Untuk perincian sila rujuk laman web https://muftins.gov.my/soaljawab/wasiat-hibah-faraid/
- WASIAT. Adalah iqrar yang kita buat mengenai arahan pembahagian harta untuk disempurnakan selepas kita meninggal dunia dan terhad kepada 1/3 kepada bukan waris.
- FARAID. Adalah pembahagian harta untuk waris faraid yang telah ditetapkan Allah melalui surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176.
- HIBAH. Adalah suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik harta oleh seseorang kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa mengharapkan balasan. Sila rujuk topik https://wasiatdigital.com/hibah-hartanah-kan-dah-ada-wasiat/
APAKAH PERINTAH FARAID ATAU SIJIL FARAID
Perintah/ Sijil Faraid adalah satu akuan rasmi yang mengandungi:
1. Maklumat tentang nilaian harta pusaka si mati
2. Waris-waris berhak
3. Bahagian-bahagian yang berhak mereka peroleh ke atas harta pusaka
Pengiraan faraid akan disahkan dan dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah selepas kita meninggal dunia dan anda tidak perlu risau jika tidak tahu cara pengiraanya yang tepat.
Namun begitu Perancang Harta Pusaka anda selalunya boleh membantu sekiranya anda masih ingin tahu. Anda juga boleh merujuk kalkulator faraid contohnya seperti pautan berikut https://as-salihin.com/en/faraid-calculator/
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.comPost