WASIAT LANTIK PENJAGA HARTA ANAK BAWAH UMUR

RUJUKAN: ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

PENJAGA HARTA ANAK BAWAH UMUR

Penjaga harta anak bawah umur perlu dilantik?

Siapa yang akan bertanggungjawab sebagai pentadbir harta sekiranya suami meninggal dunia sewaktu anak-anak masih di bawah umur?

Adakah isteri selaku ibu kandung mereka akan secara automatik menjadi pentadbir harta? Jawapan ringkasnya, tidak!

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, turutan tanggungjawab pentadbir harta bagi anak bawah umur adalah seperti berikut:

  1. BAPA adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa
  2. Apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada DATUK lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri).
  3. Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada WASI yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.

ENAKMEN 2: TURUTAN TANGGUNGJAWAB PENTADBIR HARTA ANAK BAWAH UMUR

PENJAGA HARTA ANAK BAWAH UMUR BUKAN IBU?

Keluarga sebelah ibu memang tiada dalam turutan penjaga harta ini.

Namun Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk menentukan penjaga harta mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan Mahkamah serta dokumen perancangan yang telah dibuat oleh si mati semasa hidupnya contohnya Wasiat.

Dan sebaiknya para suami membuat perlantikan Penjaga Harta Anak Bawah Umur di dalam dokumen wasiat untuk memudahkan proses pentadbiran nanti.

Selain itu, elakkan juga meletakkan nama anak di bawah umur sebagai penerima atau penama bagi polisi takaful, KWSP dan Tabung Haji.

Ini kerana berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut tidak boleh diserah terus kepada anak yang masih bawah umur atau pun kepada isteri atau ibu anak tersebut.

Hal ini sudah tentu merumitkan lagi proses pentadbiran harta pusaka si mati contohnya untuk membiayai kos hidup, pendidikan dan perubatan anak-anak tersebut. Rujuk blog kami https://wasiatdigital.com/siapa-lebih-perlu-wasiat/

Rujuk juga https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22630 untuk kajian terperinci Isu-isu Berbangkit Dari Hak Hadanah Dan Hak Perwalian Anak.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top