PERLU KE WASIAT BARANG DALAM RUMAH?

PERLU KE WASIAT BARANG DALAM RUMAH?

Perlu ke wasiat barang dalam rumah?

Dalam banyak-banyak harta yang ditinggalkan oleh si mati ada yang agak sukar untuk diagihkan di kalangan waris-waris yang ditinggalkan.

Contohnya kelengkapan dalam rumah seperi sofa, buku-buku peninggalan, pakaian dan peralatan dapur. Ini termasuk juga koleksi barangan berharga seperti jam tangan, lukisan, duit lama, stem dan sebagainya.

PERKONGSIAN MANTAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM NEGERI KEDAH

TIK TOK DATO’ SYEIKH AHMAD FAISOL BIN HAJI OMAR

PERKONGSIAN JABATAN MUFTI NEGERI PERAK

Bagaimana pula barangan seperti kain baju arwah? Bolehkah disedekahkan kepada pusat pengumpulan baju terpakai?

JABATAN MUFTI NEGERI PERAK – SOAL JAWAB FIQH

PERKONGSIAN JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Sila rujuk juga https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/19-taudih-al-hukmi-barang-perkakasan-dapur-dan-rumah-dikira-harta-pusaka/

Sesuatu yang ditinggalkan si mati termasuk barang perkakasan dapur, barangan di rumah seperti perabot, alat elektronik, alat tulis, jam tangan, pakaian dan sebagainya merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan secara faraid kepada para warisnya yang berhak.

Meskipun dilihat harta itu kecil ia tetap bernilai dan terdapat hak waris-waris padanya.

Bagi menyelesaikan pengurusan harta kecil atau ringkas seperti ini waris-waris yang layak boleh mengadakan muafakat bersama iaitu konsep takharuj.

Konsep takharuj ini merupakan tolak ansur yang dilakukan oleh sebahagian ahli waris mengikut nilaian tertentu sebagai balasan kerana menarik diri daripada haknya dalam harta pusaka.

Ia boleh melibatkan semua ahli waris atau hanya sebahagian daripada mereka dan waris yang memberi imbalan akan mengambil haknya dalam pusaka.

Imbalan tersebut boleh terdiri daripada harta pusaka atau diambil daripada harta-harta lain. Hal ini disebabkan dalam beberapa situasi, jenis dan bentuk harta pusaka itu sendiri tidak sesuai untuk dibahagi secara fizikal.

Kaedah ini juga memberi peluang kepada setiap ahli waris memilih cara terbaik dalam menyelesaikan permasalahan pembahagian harta pusaka.

Mari kita lihat juga langkah-langkah asas yang masih perlu diberi perhatian sebelum pembahagian harta pusaka tidak kira sekecil mana harta itu https://wasiatdigital.com/laksana-wasiat-baru-bahagi-harta/

  1. Selesaikan Kos Pengkebumian
  2. Selesaikan Hutang* (dunia dan akhirat)
  3. Selesaikan Tuntutan Harta Sepencarian
  4. Laksanakan Wasiat (1/3 bukan waris)
  5. Membahagikan harta mengikut Faraid

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top