TOPIK BENGKEL WASIAT

Topik bengkel wasiat ini kami senaraikan kerana masih ramai yang keliru tentang kedudukan Wasiat dan Faraid dalam Pelan Perancangan Harta Pusaka.

Adanya pelbagai instrumen lain seperti Hibah Hartanah, Hibah Tunai dan Amanah ada kalanya boleh menambahkan lagi kekeliruan ini.

Untuk kefahaman asas, kami aturkan beberapa topik bengkel wasiat utnuk membantu kita memahami topik Perancangan Harta Pusaka ini dengan lebih baik.

TOPIK BENGKEL WASIAT

  1. MEMAHAMI KEPENTINGAN PERANCANGAN – Mengapa penting untuk merancang bagaimana harta kita akan dibahagikan.
  2. APA ITU JAMINAN KEWANGAN: Bagaimana perancangan harta pusaka menjamin keperluan kewangan dan memberikan ketenangan fikiran.
  3. MELINDUNGI KELUARGA: Bagaimana pelan perancangan harta pusaka melindungi keluarga dan memastikan keperluan mereka dipenuhi walaupun selepas kita tiada.
  4. MEMINIMAKAN KONFLIK: Strategi untuk meminimakan konflik antara waris-waris supaya proses pemindahan aset akan berjalan dengan lancar.
  5. KECEKAPAN KOS (COST EFFICIENCY): Memahami teknik untuk meminimakan kos pentadbiran harta pusaka dan memaksimakan nilai harta pusaka untuk generasi seterusnya.
  6. DIREKTIF PENJAGAAN KESIHATAN JIKA KEHILANGAN UPAYA: Merancang Direktif Penjagaan Kesihatan Peribadi supaya hasrat penjagaan kesihatan dipenuhi jika berlaku ketidakupayaan dari segi perubatan.
  7. MENGELAKKAN KELEWATAN GRAN PROBET/ SURAT PENTADBIRAN): Bagaimana untuk menjimatkan masa dan kos kewangan pentadbiran harta pusaka
  8. TUJUAN KEBAJIKAN: Cara bagaimana hasrat pemberian untuk tujuan Sadaqah, Wakaf dan sebagainya boleh dipastikan pelaksanaannya oleh waris
  9. PERWARISAN PERNIAGAAN: Pelan perwarisan perniagaan untuk memastikan perwarisan aset perniagaan yang lancar kepada waris-waris dan/ atau rakan kongsi perniagaan.
  10. KETENANGAN FIKIRAN: Memberikan ketenangan fikiran dengan mengetahui yang hal ehwal perwarisan harta kita sudah tersedia untuk melindungi waris-waris dan benefisiari lainnya.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan untuk topik-topik lain yang berkenaan. Sila komen di ruangan komen di bawah untuk memberikan cadangan anda.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top