PENGENALAN
Hibah Hartanah? Kan dah ada Wasiat. Kedua-dua instrumen perancangan harta pusaka ini kerap menjadi topik perbincangan.
Hakikatnya, Wasiat dan Hibah merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta dan pusaka. Dokumen Wasiat dan Hibah mempunyai fungsi yang berbeza dan yang paling penting bersifat melengkapi antara satu sama lain.
Perincian mengenai Hibah boleh dibaca di pautan Fakulti Pengajian Islam UKM https://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-ilmiah/instrumen_hibah__wasiat.pdf
DEFINISI WASIAT, FARAID DAN HIBAH
Untuk kita memahami keperluan hibah dengan baik, adalah perlu untuk kita memahami definisi Wasiat, Faraid dan Hibah sepertimana perbincangan di blog kami sebelum ini https://wasiatdigital.com/definisi-wasiat-faraid-dan-hibah/
RUKUN DAN SYARAT SAH HIBAH
Ada beberapa rukun dan syarat sah hibah iaitu:
- PEMBERI HIBAH mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan dan waras akal fikiran
- PENERIMA HIBAH mestilah wujud pada waktu hibah hendak dijalankan (contohnya bukan hibah untuk anak yang masih dalam kandungan)
- HARTA HIBAH mestilah milik pemberi hibah
- SIGHAH iaitu ijab dan qabul hendaklah dilaksanakan
JENIS-JENIS HIBAH
Secara ringkasnya ada dua jenis Hibah yang kita perlu fahami.
- HIBAH MUTLAK iaitu pemberian di mana akad hibah dan pindahmilik harta dilakukan serta merta iaitu semasa hidup pemberi hibah
- HIBAH AMANAH iaitu pemberian di mana akad hibah dilakukan sekarang tetapi pindahmilik harta dilakukan apabila pemberi hibah meninggal dunia atau hilang upaya kekal.
PENJELASAN HIBAH AMANAH
(a) Hibah Amanah adalah deklarasi pemberian harta yang dibuat oleh pemberi hibah kepada penerima hibah semasa hidup pemberi hibah (b) Selagi pemberi hibah itu masih hidup beliau akan memegang harta hibah sebagai Amanah bagi pihak benefisiari (c) Pindah milik harta hibah kepada penerima hibah akan disempurnakan apabila pemberi hibah meninggal dunia atau hilang upaya kekal.
HIBAH SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA
Pemberian Hibah boleh digunakan sebagai satu instrumen dalam merancang harta pusaka yang boleh dilakukan sewaktu hidup seseorang pemilik harta.
Ini bermakna harta yang telah dihibahkan tidak dikira sebagai harta pusaka dan ianya tidak tertakluk kepada pembahagian hukum Faraid selepas kematiannya.
Pemberi Hibah juga boleh menetapkan kadar yang sesuai kepada penerima contohnya pemberian rumah kepada isteri atau anak perempuan sahaja, atau pemberian melebihi kadar 1/3 kepada anak angkat, rumah anak-anak yatim dan sebagainya.
KELEBIHAN HIBAH HARTANAH
KREDIT: RAKYAT TRUSTEE BERHAD
HIBAH HARTANAH YANG MASIH DALAM PINJAMAN
Pemberian Hibah bagi harta yang masih dalam pinjaman boleh dilakukan selagimana pinjaman tersebut dijamin dapat diselesaikan pada waktu pindahmilik nanti.
Contohnya pinjaman perumahan mestilah dilindungi dengan polisi perlindungan Insuran/ takaful MRTA/MRTT untuk keseluruhan jumlah pinjaman dan keseluruhan tempoh pinjaman.
SIAPA PERLU HIBAH HARTANAH
Hibah hartanah amat penting untuk kita fahami kegunaanya jika hanya ada anak perempuan, ada keluarga bukan islam, ada anak angkat dan/atau ingin memberikan lebih bahagian harta kepada isteri yang hanya layak contohnya 1/8 dari peruntukan pusaka.
Bincang dengan Perancang Harta Pusaka yang bertauliah untuk lebih memahami instrumen manakah yang paling sesuai untuk anda.
SIAPA YANG BOLEH MENYEDIAKAN DOKUMEN HIBAH HARTANAH
Seksyen 37(2) Akta Profesion Guaman 1976 menyatakan bahawa hanya peguamcara boleh menyediakan dokumen hibah hartanah.
Walaubagaimanapun , Seksyen 386 akta yang sama telah mengecualikan beberapa institusi seperti Peguam Negara, Syarikat Amanah dan Jabatan Insolvensi.
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com