Rumah Beli Untuk Anak Perempuan… Belum Tentu Milik Penuh Dia Nanti

Rumah beli untuk anak perempuan… tapi mungkin kena kongsi dengan adik-beradik suami juga nanti.

  1. Dalam situasi di mana suami meninggal dunia tanpa bapa yang masih hidup dan tanpa anak lelaki, waris faraidnya adalah juga melibatkan adik-beradik suami.
  2. Ini bermakna, rumah yang dibeli untuk anak perempuan tadi tidak akan jatuh sepenuhnya kepada dia.
  3. Sebaliknya, ia akan menjadi
    milik bersama antara contohnya isteri (1/8), ibu suami (1/6) anak perempuan (1/2), adik beradik lelaki suami (5/36) dan adik beradik perempuan suami (5/72).
  4. Di sinilah isu boleh bermula, contohnya jika rumah perlu dijual untuk mendapatkan tunai untuk kegunaan anak kecil – dan ia perlu persetujuan ramai pewaris.
  5. Tidak semua waris mempunyai keperluan atau pandangan yang sama
    Contohnya:
    Anak dan ibu mungkin mahu terus tinggal di rumah itu…
    Tetapi yang lain mungkin perlukan bahagian mereka dalam bentuk tunai.
  6. Jika rumah itu tidak mampu dibahagikan secara fizikal, ia mungkin perlu dijual dan hasilnya dibahagi mengikut faraid.
  7. Namun, jika keluarga ingin mengekalkan rumah tersebut (contohnya untuk isteri dan anak tinggal), maka perlu ada persetujuan waris lain untuk melepaskan hak mereka (takharuj) jika ingin lakukan pertukaran nama geran.
  8. Tanpa persetujuan ini, urusan boleh menjadi tertangguh, rumit atau berpanjangan bertahun-tahun.
  9. Persoalannya, apa solusi sesuai jika hanya ada anak perempuan?

Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi kami untuk penerangan secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top