PENGENALAN
Wasiat mudahkan pentadbiran pusaka. Ini bermakna proses mencairkan harta pusaka yang beku akan jadi lebih mudah dan cepat.
MENGAPA PROSES LEBIH MUDAH JIKA BERWASIAT?
Wasiat mudahkan pentadbiran pusaka antaranya atas sebab-sebab berikut:
- WASI (PENTADBIR HARTA) yang layak sudah ditentukan oleh pewasiat
- TIDAK PERLU PENJAMIN walaupun nilai harta pusaka melebihi had
- SENARAI HARTA yang sudah tersedia memudahkan proses pengumpulan harta
- SENARAI HUTANG (DUNIA DAN AKHIRAT) yang sudah tersedia memudahkan proses menyelesaikan hutang
- HASRAT PEWASIAT. Adanya rekod bertulis hasrat pewasiat memudahkan pembahagian
KREDIT DAN RUJUKAN: RAKYAT TRUSTEE BERHAD
Lihat juga https://wasiatdigital.com/lima-kelebihan-wasiat/ untuk ringkasan kelebihan berwasiat.
KREDIT DAN RUJUKAN: as-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
Lihat aliran kerja pentadbiran harta pusaka Tanpa Wasiat/ Wasiat Tidak Lengkap dibandingkan dengan Berwasiat.
Carta Aliran Kerja Proses Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (Tanpa Wasiat) atau Probet (Dengan Wasiat)
BAGAIMANA WASIAT MUDAHKAN PROSES PENTADBIRAN PUSAKA
- Perlantikan Wasi/ Pentadbir merupakan kunci dalam memastikan harta yang ditinggalkan dapat diagih kepada waris-waris yang ditinggalkan.
- Hal ini kerana, proses PENCAIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT melibatkan banyak prosedur dan agensi/institusi tertentu berbanding PROSES PENCAIRAN HARTA PUSAKA YANG BERWASIAT.
KESIMPULAN
Wasiat bukan sahaja memudahkan pengagihan harta kepada waris-waris tetapi juga memastikan bahawa:
- Perlantikan pentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak bawah umur.
- Pemberian kepada bukan waris seperti anak angkat, sedekah dan lain-lain sehingga 1/3 dari nilai harta pusaka
- Menyampaikan pesanan terakhir yang akan dibacakan oleh Wasi dalam proses pembacaan wasiat si mati kepada waris dan benefisiari lainnya
Kami juga menyediakan khidmat nasihat mengenai HIBAH, AMANAH & HARTA SEPENCARIAN.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai kami untuk penerangan secara percuma. Sila whatsapp WasiatDigital ke talian 019-218 6132 atau email terus ke ruby.vantagepoint@gmail.com